Two Door Cinema Club Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Selepas Sekian Lama
- N

- 10 hours ago
- 2 min read
Peminat muzik indie, ini memang berita yang boleh buat ramai terus buka playlist lama dekat Spotify. Band indie rock terkenal dari Ireland Utara, Two Door Cinema Club akhirnya bakal kembali ke Kuala Lumpur menerusi konsert Two Door Cinema Club 15th Anniversary Tour pada 19 Ogos 2026 di Mega Star Arena.

Apa yang buat konsert kali ini lebih special? Mereka bukan sekadar datang buat persembahan biasa. Sebaliknya, peminat akan dapat dengar album ikonik Tourist History dimainkan secara penuh ya, dari awal sampai habis. Untuk generasi yang membesar dengan lagu seperti What You Know, Undercover Martyn dan Something Good Can Work, ini memang konsert yang penuh nostalgia.
Album Tourist History yang dilancarkan pada tahun 2010 dianggap antara album indie paling berpengaruh pada era tersebut. Masa itu, lagu-lagu Two Door Cinema Club memang ada dekat mana-mana dari playlist Tumblr, video YouTube zaman awal 2010-an sampailah jadi soundtrack road trip ramai anak muda.

Menariknya, walaupun trend muzik sentiasa berubah, Two Door Cinema Club masih kekal relevan dengan identiti muzik mereka yang energetic, catchy dan mudah melekat dalam kepala. Gabungan indie rock dengan elemen dance-pop mereka memang ada vibe yang susah nak ditiru.
Band yang dianggotai Alex Trimble, Sam Halliday dan Kevin Baird ini juga dilihat masih mempunyai fanbase yang cukup kuat di Malaysia. Tak hairanlah ramai dah mula anggap konsert ini sebagai antara gig indie antarabangsa paling dinanti untuk tahun 2026.

Selain memainkan Tourist History secara penuh, mereka juga dijangka akan membawakan beberapa lagi lagu hit sepanjang lebih sedekad perjalanan muzik mereka. Jadi, kemungkinan besar malam itu nanti memang akan jadi sesi sing-along besar-besaran untuk peminat lama dan baharu.
Menurut pihak penganjur, sambutan terhadap pengumuman konsert ini juga sangat positif, terutama dalam kalangan peminat muzik alternatif tempatan yang dah lama rindukan suasana konsert indie berskala besar di Kuala Lumpur.
Konsert ini dianjurkan oleh Faded Youth MY bersama DYS Booking Agency.

Tiket pula akan mula dijual pada 23 Mei 2026 jam 10 pagi menerusi Ticket Empire dengan harga bermula RM240 hingga RM320, tidak termasuk caj pemprosesan.
Kalau anda jenis yang pernah repeat What You Know waktu belajar dulu, atau masih simpan playlist indie era 2010-an sampai sekarang, ini mungkin malam yang wajib masuk kalender.
Malaysia nampaknya terus jadi destinasi penting untuk konsert nostalgia antarabangsa dan honestly, kita memang tak marah kalau lebih banyak band indie comeback selepas ini.



Comments