top of page

TWICE Sah Kembali Ke Malaysia Oktober 2025 Untuk “This Is For” World Tour

  • kaypohmedia
  • 4 hours ago
  • 1 min read

ONCEs, masa yang dinanti akhirnya tiba! Selepas beberapa hari menggoda peminat dengan teaser, kumpulan sensasi K-pop TWICE (트와이스) akhirnya mengesahkan bahawa mereka akan membawa jelajah dunia terbaru mereka, “This Is For” World Tour, ke Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025 (Sabtu).

ree

Konsert mega ini bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dan dijangka menarik ribuan peminat setia ONCE dari seluruh Malaysia. Jualan tiket umum akan bermula pada 19 September 2025 (Jumaat), jam 11 pagi menerusi GoLive Asia, manakala maklumat lanjut mengenai harga tiket dan pelan tempat duduk akan diumumkan oleh Live Nation Malaysia dalam masa terdekat.


Kali terakhir TWICE mengadakan konsert di Malaysia ialah pada tahun 2019 melalui konsert jelajah “TWICELIGHTS” di Axiata Arena. Selepas lebih 6 tahun, peminat tempatan akhirnya berpeluang sekali lagi menyaksikan penampilan sembilan bintang K-pop ini secara langsung di pentas Malaysia.


Tidak hairanlah pengumuman ini mencetuskan keterujaan luar biasa di kalangan ONCE tempatan, apatah lagi selepas Live Nation Malaysia memuat naik teaser beberapa hari lepas yang menimbulkan pelbagai spekulasi.

ree

“This Is For” merupakan jelajah dunia keempat TWICE, diadakan sempena pelancaran album terbaru mereka dengan nama yang sama. Selain Kuala Lumpur, jelajah ini turut akan singgah ke Singapura, Hong Kong dan Bulacan, Filipina.

Satu keunikan konsert kali ini adalah penggunaan pentas 360 darjah, memberikan pengalaman lebih imersif buat penonton di semua sudut stadium.


Tarikh: 25 Oktober 2025 (Sabtu)

Masa: Akan diumumkan

Lokasi: Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil

Penganjur: Live Nation Malaysia

Harga Tiket: Akan diumumkan

Jualan Umum: 19 September 2025 (Jumaat), 11 pagi di GoLive Asia


Dengan kehangatan album terbaru mereka dan reputasi TWICE sebagai salah satu kumpulan K-pop paling berpengaruh, tidak mustahil tiket konsert ini akan habis dijual dalam masa singkat. Jadi, pastikan anda bersedia pada hari jualan tiket dibuka!

Comments


bottom of page