TWICE Cipta Sejarah di Lollapalooza 2025, Persembahkan “Takedown” Dari KPop Demon Hunters
- kaypohmedia
- 1 day ago
- 1 min read
TWICE sekali lagi mengukuhkan status mereka sebagai ikon global K-pop apabila muncul sebagai kumpulan gadis Korea pertama yang menjadi headliner utama di pentas ikonik Lollapalooza Chicago 2025. Lebih manis, mereka turut mempersembahkan buat julung kalinya lagu “Takedown” secara langsung, lagu tema dari filem animasi Netflix, KPop Demon Hunters sekaligus mencipta detik bersejarah yang tak dapat dilupakan para peminat.

Pada malam 2 Ogos 2025 di Grant Park, Chicago, TWICE tampil di pentas utama Lollapalooza, sebuah festival muzik antarabangsa yang sinonim dengan legenda muzik seperti Metallica, Kendrick Lamar dan Billie Eilish. Menurut laporan Chicago Sun-Times, kumpulan ini membawakan lebih 21 lagu sepanjang persembahan selama 90 minit termasuklah lagu-lagu hit seperti “The Feels”, “Talk That Talk”, dan “Feel Special”.

Namun kemuncak persembahan adalah apabila tiga anggota kumpulan Jeongyeon, Jihyo dan Chaeyoung tampil untuk persembahan mengejut “Takedown”, lagu dari filem KPop Demon Hunters. Lagu tersebut dibawakan secara eksklusif buat kali pertama di pentas Lollapalooza..
KPop Demon Hunters kini merupakan filem animasi Netflix paling ditonton tahun ini, manakala soundtrack-nya melonjak ke tangga ke-3 Billboard 200 rekod baharu bagi OST animasi 2025.
Persembahan TWICE ini tular di media sosial, dipuji kerana vokal mantap dan sinergi sinematik membuktikan TWICE kekal sebagai ikon global K-pop selepas 10 tahun dalam industri.
Comments