TULUS, SAL PRIADI, DERE, IDGITAF & KUNTO AJI BERSATU UNTUK “TUR SAMA SAMA” DI KUALA LUMPUR DISEMBER INI!
- Atiqah Halim

 - 46 minutes ago
 - 1 min read
 

Peminat muzik Indonesia di Malaysia, bersedia untuk malam penuh feels! Lima nama besar dari seberang; Tulus, Sal Priadi, Dere, Idgitaf dan Kunto Aji, bakal bergabung tenaga dalam Tur Sama Sama, yang akan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Kuala Lumpur.
Menjelang konsert tersebut, mereka menghadiahkan video istimewa khas buat peminat Malaysia sebagai tanda penghargaan dan pemanas suasana. Dalam video itu, penonton disapa dengan mesej mesra serta sedikit sneak peek aura yang bakal dibawa ke pentas nanti. Penuh harmoni, kehangatan dan vibes jujur yang jadi identiti setiap artis ini.
Antara yang turut mencuri perhatian ialah lagu “Semua Lagu Cinta Terdengar Sama” oleh Sal Priadi, yang sekali lagi mempamerkan kepekaan liriknya dan vokal beremosi yang jadi pujaan ramai. Lagu ini seakan menyatukan mood keseluruhan tour: jujur, sentimental, tapi tetap sarat cinta dan keindahan.
Buat yang tak mahu ketinggalan detik bersejarah ni, pastikan tarikh 5 Disember 2025 dikunci dalam kalendar korang. Ini bukan sekadar konsert. Ini pertemuan jiwa antara lima suara yang mencorak landskap muzik Nusantara hari ini.
📍 Tur Sama Sama – Kuala Lumpur, 5 Disember 2025
🎟️ Maklumat lanjut dan tiket bakal diumumkan tidak lama lagi









Comments