TONTON & MENANG: HANTU PUASA BELANJA TERBANG KE SEOUL!
- Tasnim Ahmad
- 4 hours ago
- 1 min read
Bagi yang suka maraton drama selepas berbuka atau sebelum sahur, kempen Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul mungkin buat rutin tontonan anda jadi lebih menarik. Sepanjang Ramadan ini, pengguna berpeluang menonton drama kegemaran sambil mengumpul markah untuk peluang memenangi hadiah lumayan.

Kempen daripada platform penstriman Tonton ini berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026. Sepanjang tempoh tersebut, pengguna boleh menikmati pelbagai judul termasuk siri thriller dan Tonton Original Series yang penuh dengan misteri, suspen dan plot twist.
Cara sertai pun mudah. Pengguna hanya perlu log masuk atau daftar akaun Tonton, kemudian tonton mana-mana filem atau siri dalam senarai Hantu Puasa Special Checklist. Setiap tontonan akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada kedudukan pengguna di leaderboard.
Sebagai hadiah utama, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang pakej percutian 6 hari 4 malam ke Seoul, Korea Selatan. Lebih menarik, pemenang juga boleh membawa seorang teman untuk sama-sama menikmati pengalaman di kota Seoul. Pakej ini termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan, ditaja oleh Ikhlas.com.

Tempoh kempen hanya sehingga 19 Mac 2026, jadi setiap tontonan mungkin membawa anda selangkah lebih dekat dengan destinasi impian.



Comments