top of page

Tonton Hidang ‘Koleksi Pujaan Hati’ Sebelum Anna Jobling ke Pentas Antarabangsa Seoul Drama Awards 2025

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 7 minutes ago
  • 1 min read
ree

Nama Anna Jobling memang tak pernah tenggelam dalam radar hiburan tempatan, dan kali ini Tonton pula buat kejutan dengan himpunan khas ‘Koleksi Pujaan Hati’. Timing dia selari kerana minggu hadapan Anna bakal terbang menggegarkan pentas Seoul Drama Awards (SDA) 2025!


Dengan drama koleksi eksklusif ini, peminat boleh tonton semula drama-drama ikonik Anna yang pernah jadi fenomena, daripada Melur Untuk Firdaus, Terima Kasih Cinta, sampailah ke Bella – Bila Cinta Bersatu. Semua ada, dan akan menjadi vibe throwback yang akan membuatkan korang jatuh cinta balik dengan lakonannya.


Lagi menarik, bermula dari 25 September, korang boleh layan semua ini di Tonton dengan harga promo murah; RM20 sahaja untuk 3 bulan. Tambahan lagi, korang boleh masukkan kod ‘ANNAJOBLING’ semasa mendaftar akaun untuk mendapatkan early bird deal. Bukan sahaja murah, malah berbaloi dan yang paling penting, kita dapat support queen Malaysia kita sebelum dia head-to-head dengan bintang Asia lain di SDA.


ree

Tahun ini bukan calang-calang, Anna akan berdiri sebaris dengan nama besar industri drama Asia. Jadi, kempen Tonton bukan sekadar hiburan, tetapi merupakan national mission dimana peminat boleh boost semangat Anna dari rumah, terus ke pentas antarabangsa.


Jadi, tanda tarikh pada kalendar anda! Kalau korang belum subscribe Tonton, inilah masa dia! Bayar sekali sebanyak RM20, anda akan dapat akses selama 3 bulan kepada unlimited drama untuk ditonton. Jangan lupa juga untuk menaikkan trending di media sosial. Kita kasi full love untuk Anna Jobling sebelum dia conquer Seoul!

Comments


bottom of page