top of page

Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah Gegar SESERI: Suntikan Semangat, Inspirasi & Keyakinan Untuk 344 Murid

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 6 days ago
  • 1 min read

Suasana di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (SESERI) hari ini berubah menjadi lebih meriah, penuh warna dan gelak tawa apabila lebih 300 murid disajikan dengan pengalaman istimewa melalui program Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah.

 

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dianjurkan oleh Rangkaian Televisyen Media Prima dengan kerjasama TV3, Tonton, DIDIKTV KPM dan SAFI Shayla.

 


Kehadiran barisan selebriti popular seperti Hariz Hamdan, Apich Lo, kumpulan Dukes, Syafiq Adnan, Amirulhakim Lokman, Risk Saidon, Aizat Saha dan Nisa Kay benar-benar membawa inspirasi yang cukup luar biasa ke sekolah berprestij ini!

 

Pengurus, Pemasaran Kandungan TV3 & Tonton, Encik Ali Iskandar bin Othman
Pengurus, Pemasaran Kandungan TV3 & Tonton, Encik Ali Iskandar bin Othman

Menurut Pengurus Pemasaran Kandungan TV3 & Tonton, Encik Ali Iskandar bin Othman, program ini direka khas untuk membawa elemen pembelajaran yang menyeronokkan di luar kelas.

 

“Kami ingin membantu para pelajar mengenali potensi diri, meningkatkan keyakinan, dan menemui bakat yang belum disedari. Harapan kami, semoga hari ini bukan saja hanya menyeronokkan, tetapi juga memberi inspirasi dan semangat baharu untuk semua,” katanya.

 

Antara aktiviti yang mencuri tumpuan termasuklah Uji Bakat, Tic Tac Toe dan Mix & Match, yang menguji kemahiran komunikasi, kreativiti dan keberanian murid.

 

Tidak ketinggalan juga sesi istimewa “Sis Shay, Inspirasi Hijabi” oleh SAFI Shayla, yang memberi penekanan kepada penjagaan diri dan keyakinan dalam kalangan remaja perempuan berhijab, satu topik penting yang sering diabaikan.

 


Tonton Gen+ Suai Kenal Sekolah bukan sahaja menceriakan hari para pelajar, malah membuktikan bahawa pembelajaran dan pembangunan sahsiah boleh digarap dengan cara yang menyeronokkan dan berimpak tinggi.

Commenti


bottom of page