Tom Holland Kembali Sebagai Spider-Man Dalam ‘Brand New Day’ – Sut Baru & Aksi Lebih Epik!
- kaypohmedia
- 6 days ago
- 2 min read
Peminat Spider-Man seluruh dunia boleh mula bersorak kerana Tom Holland sah kembali menggayakan sut merah-biru ikonik dalam filem keempat solo beliau, Spider-Man: Brand New Day.

Dalam video belakang tabir yang baru dikongsi oleh Sony Pictures, Holland kelihatan berada di lokasi penggambaran di Glasgow pada hari pertama penggambaran. Lebih menarik, buat pertama kali, peminat dibenarkan hadir menyaksikan hari pembukaan set, menjadikan suasana lebih meriah.
"Ini hari pertama saya… kali keempat saya memulakan penggambaran Spider-Man. Rasanya berbeza kali ini," kata Holland sambil tersenyum ketika memakai sut baharu.

Rekaan sut kali ini tampil lebih segar dengan logo labah-labah lebih besar, jalur web hitam timbul, dan bahagian biru yang lebih gelap serta reflektif. Ramai peminat MCU memuji rekaan ini kerana memberikan aura lebih matang pada watak Peter Parker.
Dalam klip tersebut, Holland sempat beramah mesra, berswafoto, malah mengangkat seorang peminat cilik di hadapan kamera. Terdapat juga babak aksi yang memaparkan Spider-Man berdiri di atas sebuah kereta kebal yang sedang bergerak laju di tengah jalan – memberi bayangan filem ini bakal penuh dengan adegan mendebarkan.
"Saya akan buat yang terbaik… harap semuanya menjadi. Tiada tekanan," gurau Holland sebelum meneruskan penggambaran.

Kali terakhir kita melihat Spider-Man, dia mengorbankan identitinya untuk menyelamatkan multiverse. Semua orang, termasuk MJ (Zendaya) dan Ned (Jacob Batalon), telah melupakan siapa dirinya. Tanpa akses kepada teknologi Avengers dan bantuan Tony Stark, Peter Parker kini kembali ke asas sebagai wira kejiranan.
Filem arahan Destin Daniel Cretton (Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings) ini turut menampilkan:
Jon Bernthal sebagai Frank Castle / The Punisher
Mark Ruffalo sebagai Bruce Banner / Hulk
Michael Mando sebagai Scorpion
Sadie Sink (Stranger Things) dalam watak misteri
Zendaya dan Jacob Batalon kembali sebagai MJ dan Ned
Spider-Man: Brand New Day dijadualkan menemui peminat di pawagam pada 31 Julai 2026.
Comments