top of page

"Toksik Cinta" Bongkar Obses, Luka & Manipulasi

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 7 minutes ago
  • 2 min read
ree

Cinta itu manis… sampailah ia bertukar menjadi racun. Tonton Original Series terbaru, Toksik Cinta, bakal buat korang fikir dua kali tentang makna sebenar kasih sayang bila ia dah dicemari ego, dendam dan obsesi.


Disutradarai Pali Yahya dengan naskhah nukilan Erma Fatima, Toksik Cinta bukan sekadar drama cinta, tetapi ia merupakan psikodrama yang mengupas sisi gelap manusia bila cinta jadi alasan untuk mengawal, menipu, dan menghancurkan.


Lepas kejayaan “Keluarga Itu”, Erma kembali dengan sesuatu yang jauh lebih dalam dan twisted. Gaya penulisannya masih sarat emosi dan realistik, tapi kali ni dia benar-benar “bermain api” dengan isu cinta yang boleh bertukar jadi racun bila diselubungi keinginan memiliki.


ree

Kisah bermula dengan Alfi (Aqasha), seorang pengarah filem ternama, yang jatuh cinta dengan Karmila (Riena Diana) iaitu pelakon muda dan influencer yang sedang mencipta nama. Dari cinta lokasi ke jinjang pelamin, hidup mereka nampak sempur, sampailah Karmila failkan cerai dan dakwa dirinya didera.


Dengan bantuan peguamnya, Amsyar (Keith Foo), Karmila mula melawan dalam mahkamah. Tapi yang menarik, Toksik Cinta tak bagi jawapan mudah siapa mangsa sebenar, dan siapa pemangsa. Ia kisah dua insan yang saling mencintai tapi saling menghancurkan. Seperti api dan minyak bila bersatu.


Riena Diana mengaku watak Karmila mencabar jiwanya:

“Karmila ni bukan sekadar wanita yang keliru, tapi seseorang yang pernah dikhianati dan teranaiaya oleh lelaki. Dia datang daripada keluarga yang berantakan dan semua pengalaman tu buat dia keras luarannya tapi rapuh di dalam.”

Watak Karmila bukan sekadar wanita teraniaya, tapi simbol kepada ramai yang tersepit antara cinta dan harga diri.


Selain Riena dan Aqasha, drama ni turut dibintangi Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Tony Eusoff, Esma Daniel, Ruzana Ibrahim, dan Izzue Islam, iaitu semua pelakon yang dikenali dengan kemampuan membawa watak-watak kompleks dan berlapis.


ree

Dengan gabungan melodrama, thriller rumah tangga dan elemen jenayah, Toksik Cinta janji bukan drama cliché. Ia bukan sekadar air mata, tapi juga cermin realiti, tentang betapa tipisnya garis antara cinta dan kegilaan.


Mulai 27 Oktober 2025, Toksik Cinta akan ditayangkan eksklusif di Tonton.


Jangan lupa saksikan “Toksik Cinta” hanya di Tonton mulai 27 Oktober 2025.


Comments


bottom of page