top of page

The Village Barber Musim 2 Sah Kembali, Park Bo Gum Comeback Lagi!

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 7
  • 2 min read

Kalau korang salah seorang yang layan The Village Barber, ini berita yang confirm buat senyum. Rancangan ni sah kembali untuk musim kedua! Yup, Park Bo Gum akan kembali lagi bawa vibe healing yang ramai tak sangka boleh datang dari… kedai gunting rambut.

Pengumuman rasmi dibuat oleh tvN pada 6 April, hanya beberapa hari selepas musim pertama melabuhkan tirai. Lagi best, musim baru ni dijangka ditayangkan dalam tahun yang sama. Laju betul!


Apa yang buat The Village Barber lain daripada rancangan biasa? Konsep dia simple tapi kena dengan jiwa dimana Park Bo Gum, bersama Lee Sang Yi dan Kwak Dong Yeon, buka salon kecil dekat kampung Muju. Tapi bukan sekadar potong rambut. Diorang juga “potong” beban emosi pelanggan.


Park Bo Gum sendiri memang ada lesen sebagai pendandan rambut, jadi memang legit dia handle styling. Lee Sang Yi pula siap ambil lesen juruteknik kuku khas untuk rancangan ni. Manakala Kwak Dong Yeon jadi all-rounder, dari memasak sampai bantu operasi harian.


Pendek kata, ini bukan reality show biasa. Ini jenis rancangan yang buat kita rasa tenang, sambil-sambil tersenyum tengok interaction diorang dengan penduduk kampung.


Dari segi sambutan, memang tak main-main. Sepanjang tujuh minggu, rancangan ni berjaya kuasai slot siaran untuk penonton umur 20–49 tahun. Bukan tu je, ia juga konsisten dalam top 10 ranking populariti FUNDEX selama sembilan minggu.


Kalau tengok angka global, lagi gila. Setakat awal April, The Village Barber dah cecah lebih 260 juta tontonan. Rancangan ni juga berjaya tarik peminat dari hampir 200 negara termasuk Asia Tenggara (hello Malaysia!), Timur Tengah, Eropah sampai ke Amerika.


Dekat IMDb pun rating dia power iaitu 9.5/10. Jarang weh rancangan variety boleh capai tahap macam ni.


Jadi untuk musim kedua nanti, ramai yang dah mula speculate: adakah konsep masih sama atau akan ada twist baru? Apa pun, satu benda confirm. Kombinasi healing dan

humor ringan ni memang jadi.


Kalau korang jenis suka content santai tapi meaningful, ini memang antara rancangan yang patut masuk watchlist.

Comments


bottom of page