top of page

THE STRANGERS: CHAPTER 3 BAKAL TAYANG FEBRUARI, MAYA HADAPI PEMBUNUH BERTOPENG SEKALI LAGI

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

Peminat horror, bersedia untuk klimaks trilogy reboot The Strangers! Filem ketiga, The Strangers: Chapter 3, akan ditayangkan di pawagam 6 Februari 2026, menampilkan Maya (lakonan Madelaine Petsch) dalam konfrontasi terakhir yang lebih gelap dan ganas.


Trailer terbaru tunjuk Maya yang cedera parah, kini memakai topeng Pin-Up Girl, seolah-olah menghidupkan naluri pembunuhnya sendiri. Adegan ni seakan jawab teaser pasca-kredit dari Chapter 2, tapi nampaknya masih ada twist besar yang belum terungkai.



Dalam filem ini, Maya sekali lagi terpaksa hadapi trio pembunuh bertopeng dalam pertarungan full-circle untuk survival dan dendam. Gabungan pelakon termasuk Gabriel Basso, Ema Horvath, Pablo Sandstrom dan Richard Brake menjanjikan aksi yang lebih intense dari sebelum ni.


Filem arahan Renny Harlin (Die Hard 2, Deep Blue Sea) ini dikatakan penuh dengan strong bloody violence dan bahasa kasar, jadi untuk penonton tegar horror, ini memang tak boleh dilepaskan. Trilogy ni asalnya dirakam serentak di Slovakia pada 2022 sebelum menjalani penggambaran tambahan.


Kalau kau peminat horror yang suka final girl kick-ass, bersiaplah tengok Maya habiskan misi terakhirnya.



Comments


bottom of page