The Soundstage AJL40: Malam Nostalgia Yang Wajib Masuk Wishlist
- Tasnim Ahmad
- 2 hours ago
- 1 min read
Kalau anda peminat setia The Soundstage AJL40, bersedia sebab ini bukan sekadar konsert biasa. Ini jenis malam yang boleh buat anda tiba-tiba hafal balik lirik lagu lama, siap nyanyi kuat-kuat tanpa sedar.

Bahangnya memang dah mula terasa sejak Top 10 finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) diumumkan. Tapi sebelum malam kemuncak tiba, ada satu ‘pemanas badan’ yang nampak macam wajib pergi iaitu The Soundstage.
Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026, konsert ini bukan sekadar lineup artis. Ia lebih kepada perjalanan muzik 40 tahun AJL dari lagu klasik yang kita membesar dengannya, sampai ke era moden yang masih fresh dalam playlist.
Menariknya, pentas kali ini satukan nama dari generasi berbeza. Kita ada Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana, masing-masing dengan aura dan peminat sendiri. Kombinasi ni dah cukup untuk janjikan vibe yang pelbagai, dari balada penuh emosi sampai ke lagu catchy yang susah nak duduk diam.
Setiap artis akan bawa lagu pilihan daripada legasi AJL. Bukan sekadar cover biasa, tapi interpretasi baru yang bagi nafas segar pada lagu-lagu yang pernah jadi fenomena. Kiranya, ini peluang untuk dengar versi lain kepada lagu yang mungkin dah berulang kali kita dengar tapi kali ni, live.
The Soundstage cuba hidupkan semula semua tu, dalam satu ruang yang lebih dekat dengan penonton. Bayangkan lagu yang dulu dengar dekat radio atau TV, sekarang bergema depan mata sendiri.

Untuk yang dah plan nak pergi, tiket dah mula dijual secara online. Harga bermula RM159 hingga RM229, bergantung pada kategori tempat duduk. Jadi kalau memang target nak seat best, mungkin kena gerak cepat sikit.



Comments