The Sigit dan Bittersweet Bergabung, Satu Malam Rare di Zepp KL
- N

- 4 hours ago
- 2 min read
Kalau korang peminat muzik indie, konsert The Sigit dan Bittersweet Malaysia ni memang wajib masuk radar. Buat pertama kali, dua band dengan identiti kuat, The Sigit dari Indonesia dan Bittersweet dari Malaysia akan berkongsi pentas dalam satu malam yang boleh dikatakan rare gila.

Dinamakan Another Day: A Perfect Match, konsert ini bakal berlangsung pada 9 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur, dan bukan sekadar gig biasa. Ini lebih kepada pengalaman muzik yang dikurasi dua set persembahan penuh, dua vibe berbeza, tapi dalam satu flow yang padu.
Apa yang buat ramai teruja? Simple. Kolaborasi macam ni jarang berlaku. Dua band yang masing-masing ada fanbase sendiri, akhirnya bertemu dalam satu pentas yang sama. Kiranya ini macam “dream pairing” untuk peminat indie Nusantara.
Bittersweet, yang dah lama jadi nama besar dalam scene alternatif Malaysia, akan tampil dengan set selama 60 minit. Sama juga dengan The Sigit, band dari Bandung yang terkenal dengan sound garage rock mereka yang raw dan energetic.
Menurut wakil Bittersweet, ini peluang yang dah lama dinanti. Manakala vokalis The Sigit pula menganggap kolaborasi ini sebagai satu penghormatan lebih-lebih lagi dapat perform di Kuala Lumpur.
Menariknya, penganjur sendiri tekankan ini bukan festival. Tiada lineup panjang, tiada gangguan. Fokus hanya pada dua band utama. Jadi pengalaman tu lebih intimate dan immersive macam konsert yang betul-betul untuk peminat muzik, bukan sekadar event besar-besaran.

Dari segi tiket, harga bermula serendah RM98 untuk zon berdiri belakang, sehingga RM348 untuk pengalaman VIP lengkap dengan merchandise eksklusif. Pilihan duduk pun ada, jadi ikut bajet dan keselesaan masing-masing.
Dengan venue seperti Zepp KL yang memang terkenal dengan kualiti audio dan visual, besar kemungkinan konsert ni akan jadi salah satu highlight muzik indie tahun ini.



Comments