top of page

The Husband Tayang Julai Ini, Thriller Jenayah Penuh Misteri

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Peminat drama Korea thriller nampaknya ada satu lagi siri yang boleh masuk dalam senarai tontonan bulan depan. The Husband, siri terbaru Disney+, hadir dengan kisah penuh misteri apabila seorang lelaki terpaksa berdepan situasi getir selepas isterinya diculik hanya beberapa hari sebelum perceraian mereka dimuktamadkan.


Drama ini dibintangi Namkoong Min sebagai Kang Tae Ju, seorang suami yang tiba-tiba menjadi suspek dalam kes pembunuhan upahan berkaitan kehilangan isterinya, Go Se Yun. Dalam masa yang sama, dia turut diburu polis dan terpaksa melarikan diri sambil cuba mencari isterinya yang hilang.


Poster dan teaser terbaru yang didedahkan turut memberi gambaran tentang ketegangan yang bakal menanti penonton. Watak No Man Hee lakonan Kim Dae Myung muncul sebagai penculik yang menyimpan sisi gelap di sebalik wajahnya yang kelihatan tenang. Malah, slogan "Apa yang berlaku kepada isteri awak... semuanya kerana awak" menambahkan lagi misteri di sebalik kes penculikan tersebut.


Trailer turut memaparkan pelbagai babak aksi termasuk kejar-mengejar, pergaduhan dan tembakan yang membuatkan suasana semakin mendebarkan. Pada masa sama, beberapa petunjuk mengenai kehilangan Go Se Yun menimbulkan lebih banyak persoalan yang masih belum terjawab.


Dengan gabungan elemen jenayah, misteri dan emosi, The Husband dilihat berpotensi menjadi antara drama thriller Korea yang mencuri perhatian tahun ini.


Siri ini akan mula ditayangkan pada 4 Julai dengan episod baharu disiarkan setiap Sabtu dan Ahad menerusi Disney+.


Comments


bottom of page