The Grand Slam Unplugged 2: Nostalgia Slam Kembali
- Tasnim Ahmad
- 2 days ago
- 2 min read
Kalau anda membesar dengan lagu-lagu Slam, ini berita yang susah nak ignore. The Grand Slam Unplugged 2 bakal menghidupkan semula momen legenda dalam versi lebih segar pada tahun 2026.

Konsert ini bukan sekadar throwback biasa. Ia ibarat ‘time travel’ untuk peminat yang pernah melalui era kaset, CD, sampai ke zaman streaming hari ini. Bezanya kali ini, pengalaman itu datang dengan sentuhan baru yang lebih matang dan penuh emosi.
Apa yang buat ramai tak sabar? Mungkin sebab sejarahnya. Siapa yang masih ingat malam 3 Ogos 1996 di Stadium Merdeka di mana konsert yang tetap berjalan walaupun berdepan gangguan elektrik. Momen itu bukan saja ikonik, tapi jadi simbol ketahanan dan jiwa muzik Slam.
Kini, semangat itu cuba dihidupkan semula bukan untuk ulang kisah lama, tapi untuk cipta kenangan baru.
Konsert The Grand Slam Unplugged 2 dijadual berlangsung pada 20 Jun 2026 di Megastar Arena Kuala Lumpur. Menariknya, sambutan setakat ini memang padu — tiket sudah terjual lebih 60 peratus, dengan beberapa kategori pun dah habis.
Lebih menarik, Slam tak datang seorang. Tiga nama besar dalam industri muzik tempatan bakal turut sama memeriahkan pentas: Aznan Alias, JoBranko dan Kid Search. Kalau anda follow scene muzik Malaysia, memang tahu ketiga-tiga figura ini ada ‘signature’ tersendiri.
Gabungan ini bukan sekadar lineup biasa. Ia macam pertemuan jiwa-jiwa muzik dari genre berbeza yang akhirnya berkongsi satu pentas. Ianya something yang jarang kita nampak.
Bagi Slam sendiri, konsert ini lebih kepada penghargaan. Bukan hanya kepada karya mereka, tapi juga kepada peminat yang setia dari dulu sampai sekarang. Lagu-lagu evergreen mereka masih relevan, dan itu jadi bukti kenapa mereka masih kuat berdiri sampai hari ini.
Jadi kalau anda jenis yang suka vibe unplugged, susunan muzik yang lebih ‘raw’, dan momen penuh nostalgia, ini memang konsert yang patut masuk wishlist.
Akhir kata, 20 Jun nanti bukan sekadar malam hiburan. Ia malam untuk reconnect dengan memori lama, sambil cipta cerita baru bersama lagu-lagu yang kita semua pernah hafal.







Comments