top of page

The Furious: Pertaruhan Maruah Janji Aksi Panas & Drama Keluarga

  • Writer: N
    N
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Peminat filem aksi tempatan nampaknya ada sebab baru untuk excited bulan ini. The Furious: Pertaruhan Maruah bakal menggegarkan pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Mei 2026 dengan gabungan aksi brutal, konflik keluarga dan drama penuh emosi yang memang kena dengan selera penonton tempatan.

Filem arahan Heng Aik Siong ini tampil dengan barisan pelakon yang cukup familiar dalam dunia hiburan tempatan seperti Zul Ariffin, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Marisa Yasmin dan Zamarul Hisham.


Kalau tengok pada premis cerita, The Furious: Pertaruhan Maruah bukan sekadar filem tumbuk-menumbuk biasa. Ia membawa kisah dua beradik yang terperangkap dalam konflik dendam lama dan maruah keluarga. Dari situ, bermulalah pertarungan yang bukan saja menguji kekuatan fizikal, tapi juga hubungan kekeluargaan dan prinsip hidup masing-masing.

Apa yang menarik, filem ini cuba gabungkan elemen aksi pertarungan intens dengan emosi yang lebih berat. Jadi penonton bukan hanya dapat adegan lawan yang padu, tetapi juga jalan cerita yang ada ‘jiwa’. Bagi peminat filem aksi Malaysia, ini antara formula yang memang selalu jadi perhatian sebab ada keseimbangan antara adrenaline dan drama.


Diterbitkan oleh ACT 2 Pictures bersama Astro Shaw dan GSC Movies, filem ini juga disebut-sebut sebagai antara naskhah aksi tempatan yang paling dinanti tahun ini. Dengan lineup pelakon yang kuat dan tema maruah keluarga yang dekat dengan penonton Asia, tak mustahil filem ini akan jadi antara topik hangat bila tayangan nanti.

Tagline filem ini pun memang bunyi macam nak ajak penonton terus masuk pawagam:

“Legasi dipijak, maruah dicabar… hanya ada satu pilihan, menang atau terus melawan.”


Buat kaki wayang yang rindu filem aksi tempatan dengan vibe serius dan penuh debar, nampaknya The Furious: Pertaruhan Maruah boleh masuk dalam senarai wajib tonton hujung Mei ini.

Comments


bottom of page