top of page

The A.I.S.H.A Experience Buktikan Keampuhan Vokal & Karisma Aisha Retno

  • Writer: N
    N
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Lebih 1,000 peminat membanjiri ruang acara Jio Space, Petaling Jaya bagi meraikan konsert The A.I.S.H.A Experience, sekali gus menandakan detik penting dalam perjalanan seni penyanyi muda berbakat besar, Aisha Retno.

ree

Sejak tirai dibuka, suasana dewan dipenuhi sorakan peminat setia yang digelar Aishalicious. Bagi Aisha, 25, ia bukan sekadar persembahan, tetapi bukti bahawa kerja keras dan dedikasi berbulan-bulan akhirnya membuahkan hasil.

ree

Selama hampir dua jam, Aisha mempamerkan vokal lantang serta emosi mendalam menerusi rangkaian 20 lagu. Antara yang menjadi sorotan termasuk Jeda, Samudera, Terbang, Mengikat Jiwa, Pencarianku, Sutera, Tak Adil serta single terbaharunya bersama Ade Govinda, Semoga Saja.


Pentas turut diserikan dengan kehadiran bintang undangan seperti Liza Hanim, Aizat Amdan, Megat Fazly (Mafidz), Sya dan Lucidrari, yang menambahkan variasi serta warna pada persembahan malam itu.

ree

The Aisha Experience memberi makna lebih besar kerana ia hadir selepas Aisha berdepan kekecewaan tahun lalu apabila konsert solo Malam Sutera Aisha Retno dibatalkan penganjur atas faktor jualan tiket.


Walaupun belum bersedia menganjurkan konsert penuh, Aisha terbuka untuk membawa showcase ke lokasi lain termasuk Borneo. Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan bakal melancarkan album fizikal sulung hujung tahun ini.

ree

The Aisha Experience bukan sahaja meraikan perjalanan seni Aisha Retno, malah menjadi simbol kekuatan, keberanian dan penghargaan terhadap peminat yang sentiasa menyokong. Malam itu membuktikan, Aisha Retno bukan sekadar penyanyi baharu, tetapi bintang yang sedang mengukir tempatnya dalam industri muzik tanah air.


The Aisha Experience dipersembahkan oleh LOL Asia dengan sokongan Fly FM

Comments


bottom of page