Thariq Ridzuwan: His Treasure, Kisah Cinta dan Aksi Daripada Novel Sensasi Kini di Astro
- kaypohmedia
- 1 day ago
- 1 min read

Sebuah lagi karya eksklusif daripada Astro bakal mencuri perhatian peminat drama tempatan, Thariq Ridzuwan: His Treasure, sebuah drama romantik aksi yang menggabungkan elemen cinta, kesetiaan dan dendam yang menggetarkan.
Diadaptasi daripada novel sensasi dengan lebih 10 juta bacaan, drama ini menampilkan kisah seorang anggota pasukan elit, Thariq, yang pulang untuk menyelamatkan cinta pertamanya daripada perkahwinan paksa. Dalam usaha menebus cinta lama, Thariq terpaksa berdepan konflik emosi dan ancaman masa silam yang menghantui.

Drama arahan Eyra Rahman ini diterajui oleh pelakon muda berbakat Meerqeen dan Qasrina Karim, disokong oleh Evertts Gomes dan barisan pelakon berpengalaman. Turut menarik perhatian ialah penampilan khas kumpulan lelaki pertama Astro, ALPHA menerusi lagu tema rasmi “P. Ramlee dan Saloma”, serta lagu ‘Alangkah’ nyanyian Hael Husaini.

Thariq Ridzuwan: His Treasure bukan sekadar drama cinta biasa, ia merupakan pengembaraan emosi yang membawa penonton ke dalam dunia yang penuh cabaran, dilema moral dan pengorbanan.
Drama ini adalah antara kandungan utama dalam kempen Home of Drama 2025, yang menyasarkan untuk mengangkat drama tempatan ke tahap lebih tinggi menerusi penceritaan kuat dan produksi premium.
Comments