top of page

Tenxi, Hipdut & Gelombang Hiburan Serantau; Satu Perjalanan Muzik Ikonik

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 1 day ago
  • 2 min read
ree

Tenxi mula meraih perhatian melalui penghasilan muzik bergenre hipdut yang menampilkan gabungan beat hip hop lembut, vokal beremosi dan bunyi dreamy yang menjadi identiti kuatnya. Dia mula menarik minat pendengar ketika karya awalnya mula tular di media sosial, sebelum meletup ke peringkat lebih luas menerusi lagu duet bersama Jemsii berjudul Garam dan Madu.


Kolaborasi itu menjadi turning point utama buat Tenxi kerana kombinasi vokal hangatnya bersama tone airy Jemsii mencipta harmoni kuat yang cepat mendapat tempat di hati pendengar. Lagu tersebut bukan sahaja trending di platform digital tetapi turut menjadi pilihan ramai konten kreator yang menjadikan ia anthem mood healing.


Popularitinya diteruskan dengan Kasih Aba Aba yang lebih matang dari segi naratif emosi serta Mejikihibiniu yang menonjolkan sisi dreamy hipdut yang kini menjadi tanda tangan Tenxi. Ketiga tiga lagu ini mendorongnya menembusi festival muzik indie, seterusnya mengangkat namanya sebagai wajah baharu yang relevan dalam kalangan pendengar Gen Z.


ree

Fenomena Tenxi berterusan apabila Icon Entertainment mengumumkan persembahan hari kedua untuk Special Show Panggung Puting Beliung Tenxi susulan sambutan luar biasa bagi Hari Pertama yang habis terjual dalam masa 30 minit. Pengumuman ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan Tenxi sebagai antara bintang baharu yang mencuri perhatian dalam arena hipdut tempatan.


Penganjuran Day 2 pada 11 Januari 2026 turut membawakan kelainan dengan kehadiran special guest daripada kumpulan ANTI NRML yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Menerusi kenyataan rasmi, Tenxi menyifatkan sokongan peminat sebagai punca utama perkembangan kerjaya dan emosi yang mendorongnya untuk menambah satu malam khas buat semua Tenxiholic yang terlepas peluang pada jualan pertama.


Menurut PR rasmi, Day 2 bukan sekadar ulangan Hari Pertama tetapi dibina sebagai persembahan versi baharu yang lebih mendalam, lebih bertenaga dan penuh kejutan. Tenxi mahu peminat menyanyi bersama, menikmati muzik tanpa tekanan dan masuk ke ruang yang lebih peribadi.


Poster rasmi juga menampilkan visual Tenxi dengan imej yang lebih matang, menekankan sisi artistik dan aura misteri yang menjadi sebahagian daripada identiti pentasnya. Dengan gabungan estetika visual berbentuk karnival dan elemen kilat yang melambangkan energi puting beliung, konsep ini menambah kekuatan naratif keseluruhan persembahan.


JUALAN TIKET DIBUKA PADA:


ree

Kategori Tiket dan Harga

RM 250 hoRRReg

RM 220 Apa Lagi

RM 180 1/10

RM 150 Cuba Lagi

RM 5,000 Puting Beliung Box

Termasuk 10 pax + signature poster dan F and B snacks


ree

Harga yang ditawarkan masih dalam kategori mampu milik sebagai usaha memastikan lebih ramai Tenxiholic dapat merasai sendiri kehangatan dan magic muzik hipdut Tenxi secara langsung.


ree

Pembelian tiket:


Dengan momentum yang semakin kuat, Tenxiholic disaran untuk memastikan tarikh ini dalam kalendar dan mendapatkan tiket secepat mungkin memandangkan permintaan dijangka melebihi kapasiti seperti Hari Pertama.



Comments


bottom of page