Tarung Unforgiven Lancar Trailer, Aksi Padu Menanti Mei Ini
- Tasnim Ahmad
- 6 days ago
- 2 min read
Kalau korang jenis kaki filem aksi tempatan, nama Tarung Unforgiven memang dah lama bermain dekat timeline. Lepas teaser yang sempat viral, kali ini trailer rasmi pula dilancarkan dan jujurnya, nampak lagi ganas, lagi berat emosi.

Trailer berdurasi hampir dua minit ini terus bagi gambaran lebih jelas tentang dunia MARGA iaitu sebuah organisasi elit yang penuh perebutan kuasa. Dari awal lagi dah ‘hook’, bila konflik takhta mula memuncak dan masing-masing ada agenda sendiri.
Apa yang buat ramai mula bercakap? Sudah tentu babak pertarungan antara Hatta (lakonan Mierul Aiman) dan Isa (Aedy Ashraf). Koreografi nampak solid, bukan sekadar tumbuk kosong. Ada rasa, ada berat.
Selain aksi, filem ini nampaknya cuba bawa lebih daripada sekadar lawan-melawan. Jalan cerita berkisar tentang seorang bekas juara silat yang diburu masa silam. Demi selamatkan kakaknya, dia terpaksa masuk gelanggang haram tanpa tahu lawan dia nanti ada kaitan rapat dengan hidup dia sendiri.
Dari segi visual pula, memang nampak kemas. Tone gelap, gritty, dan agak realistik. Ditambah pula dengan konflik dalaman watak, memang nampak macam filem aksi yang cuba ada ‘jiwa’, bukan sekadar letupan dan gaduh.
Barisan pelakon pun bukan calang-calang selain Mierul dan Aedy, turut ada nama besar seperti Zul Ariffin, Bront Palarae, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Gabungan ini sendiri dah cukup untuk tarik perhatian.
Menariknya, Tarung Unforgiven bukan setakat berhenti dekat pawagam saja. Akan ada tayangan awal bermula 6 Mei untuk yang tak sabar, diikuti siri jelajah seluruh Malaysia bermula 8 Mei. Jadi kalau korang jenis suka jumpa artis, ini peluang.
Apa yang jelas, Tarung Unforgiven cuba bagi pengalaman penuh dari aksi, emosi, sampai ke vibe keseluruhan dunia dia. Tinggal lagi, sama ada ia mampu deliver seperti hype atau tidak, kita tunggu 7 Mei ini.







Comments