top of page

Talk To My Manager 2 Kembali Dengan Kem Eksklusif

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 6
  • 2 min read

Kalau korang follow dunia hiburan tempatan, Talk To My Manager 2 memang antara yang ditunggu-tunggu. Bukan sekadar comeback musim baharu, kali ni Astro bawa sekali satu inisiatif baru yang agak rare dimana akan ada kem latihan khas untuk bakat muda. Menarik kan?


Selepas musim pertama dapat sambutan padu, program realiti ni kembali dengan konsep yang masih fresh tapi lebih besar skala dia. Boleh kata, bukan sekadar show untuk tengok persembahan, tapi ada elemen emosi, kekeluargaan dan perjalanan jadi artis.


Musim kedua akan mula bersiaran pada 19 April 2026, jam 9 malam di Astro Ria. So save the date siap-siap. Apa yang buat ramai orang suka dengan program ni adalah konsep ‘pass-the-baton’. Senang cerita, selebriti akan jadi “manager” kepada anak sendiri yang berbakat. Dari situ, kita dapat tengok macam mana hubungan parent-anak ni diuji. Bukan saja dari segi bakat, tapi juga kepercayaan dan keserasian atas pentas.


Dan jujur cakap, vibe dia memang lain sikit daripada program realiti biasa.

Untuk yang dah biasa tengok musim pertama, good news, pengacara kegemaran ramai, Datuk Aznil Hj Nawawi kembali. Ditambah pula dengan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, memang cukup rasa dari segi komen pedas, nasihat dan hiburan. Selain pertandingan, Astro kali ni buat satu langkah lagi ke depan dengan memperkenalkan TTMM Experience. Ini sebenarnya kem latihan 2 hari 1 malam yang bagi peluang ibu bapa dan anak-anak rasa sendiri pengalaman dunia hiburan.

Dalam kem ni, peserta akan join workshop, latihan persembahan, nyanyian dan bina keyakinan diri. Semua dibimbing oleh selebriti dan pakar industri. Lebih kurang macam “real behind-the-scenes” dunia artis, tapi versi hands-on.


Boleh nampak Astro memang cuba build sesuatu yang lebih daripada sekadar rancangan TV tapi dia macam create ecosystem untuk bakat baru.


Kalau musim pertama dah buat ramai melekat depan TV, musim kedua ni nampak macam lagi banyak kejutan. Dan siapa tahu, mungkin dari kem TTMM tu nanti akan lahir bintang baru yang kita akan tengok di skrin satu hari nanti.



Comments


bottom of page