top of page

Syafiq Kyle Cipta Sejarah – Menang Anugerah Asia-Pacific Rising Icon di APFF ke-62

  • kaypohmedia
  • 5 days ago
  • 1 min read
ree

Pelakon popular Malaysia, Syafiq Kyle, melakar sejarah baharu dalam kerjayanya apabila menerima Anugerah Asia-Pacific Rising Icon daripada Federation of Motion Picture Producers in Asia-Pacific (FPA) sempena Festival Filem Asia-Pasifik (APFF) ke-62 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur hujung tahun ini.


Pengiktirafan berprestij ini diberikan kepada bintang yang menunjukkan bakat luar biasa, pengaruh positif, dan potensi besar di peringkat serantau. Sejak mula dikenali menerusi rancangan Hero Remaja, Syafiq telah membuktikan versatiliti lakonannya dalam pelbagai genre, termasuk filem-filem box office seperti Sheriff, Narko Integriti, The Experts, dan Blood Brothers: Bara Naga.


“Saya amat bersyukur dan berbesar hati menerima penghargaan ini. Ia bukan sekadar pengiktirafan kepada saya, tetapi juga kepada industri filem Malaysia,” kata Syafiq Kyle

ree

Festival Filem Asia-Pasifik (APFF) ke-62 akan berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember 2025 di Kuala Lumpur dengan GSC Cinemas sebagai Rakan Pawagam Rasmi.


Acara tahunan ini menghimpunkan penggiat industri filem dari seluruh rantau untuk meraikan kecemerlangan karya sinematik dan pertukaran budaya. Edisi tahun ini turut menampilkan ahli sinematografi pemenang Oscar, Peter Pau, sebagai Ketua Juri pertandingan utama.

Commentaires


bottom of page