top of page

Suri Ram Versi Baharu: Sentuhan Moden Elly Yusni Buat Ramai Terpikat

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 hours ago
  • 2 min read

Kalau korang membesar dengan lagu rakyat Melayu, mesti pernah dengar Suri Ram, kan? Kali ini, penyanyi indie tempatan Elly Yusni tampil dengan versi baharu Suri Ram yang bukan sekadar remake biasa tapi satu nafas segar yang gabungkan elemen tradisional dengan vibe moden.

Menariknya, Suri Ram versi baharu ini bukan sekadar nostalgia. Ia diolah semula dengan sentuhan urban yang lebih “current”, tapi masih kekalkan jiwa asal lagu tersebut. Sesuai untuk generasi lama dan baru.


Elly bukan nama asing dalam scene seni tempatan. Berpangkalan di Kuala Lumpur, dia dikenali dengan gaya muzik yang unik, gabungan akar tradisional Melayu dengan bunyi kontemporari. Senang cerita, muzik dia memang ada identiti sendiri.


Untuk single terbaru ini, Elly bekerjasama dengan Eli Nyson bagi menghasilkan susunan muzik yang lebih segar. Walaupun lagu ini dilancarkan pada 26 Februari 2026, rupanya projek ni dah lama “tersimpan”. Macam simpan harta karun, kena tunggu masa yang betul baru keluarkan.


Dari segi bunyi, Suri Ram versi ini masih hormat elemen Irama Tradisional, tapi disuntik dengan tekstur moden yang buat ia lebih mudah “masuk” dengan pendengar hari ini. Tak rasa terlalu klasik, tak juga terlalu pop. Balance dia memang kena.


Bukan setakat audio, visual pun diberi perhatian. Artwork untuk lagu ini dihasilkan oleh Emeir Faizal, yang bantu hidupkan dunia Suri Ram dengan sentuhan visual yang artistik.


Dan kalau korang jenis suka tengok music video yang ada feel sinematik, ada berita baik. Elly bakal keluarkan video muzik rasmi untuk lagu ini, hasil kolaborasi dengan Ell Zulkarnain dan Sofea Leiyana, dua kreatif yang terkenal dengan storytelling yang penuh emosi dan visual yang kuat.


Pendek kata, Suri Ram versi Elly Yusni bukan sekadar lagu lama yang dihidupkan semula. Ia adalah bukti bagaimana muzik tradisional masih relevan.


Untuk peminat muzik tempatan, ini memang antara release yang patut masuk playlist.

Comments


bottom of page