top of page

‘Sumpahan Nilam Utama’ Bakal Gegar Pawagam 2026

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 1 hour ago
  • 2 min read
ree

Infinitus Productions tengah gear up dengan taruhan baru yang padu. Selepas deliver filem pecah panggung seperti Hantu Kak Limah dan Don Dukun, studio ini akan kembali dengan naskhah komedi thriller berjudul Sumpahan Nilam Utama, yang kini sedang menjalani penggambaran. Dengan kerjasama Directors Think Tank dan Sunstrong Entertainment, projek ini dijangka masuk panggung pada tahun 2026, dan vibe dia memang lain daripada lain.


Filem ini diterajui oleh Hyrul Anuar, nama yang dah biasa dengan projek kreatif termasuk 3 Janda Melawan Dunia. Hyrul bukan main main bila bab humor dan storytelling, jadi tak hairan Infinitus pilih dia untuk bawa dunia Sumpahan Nilam Utama hidup. Gabungan coming of age, penyiasatan dan elemen ghaib memang bukan genre senang, tapi Hyrul ada track record yang buat penonton boleh expect sesuatu yang fresh.


ree

Menariknya, filem ini fokus pada perjalanan sekumpulan remaja yang cuba bongkar misteri pemujaan. Barisan pelakon pun muda, segar dan bertenaga dengan Idan Aedan, Razin Qidran, Farihin Arnia, Taufiq Izmir dan Muizzuddin. Turut menguatkan line up ialah nama nama legend seperti Dato’ Tamimi, Ellie Suriaty, Dr Rosdeen Suboh, Anas Ridzuan, Aloy Paradoks dan Taqim Zaki. Gabungan ini memang nampak seimbang, ada punch dan variety yang penonton suka.


Gayatri Su lin Pillai selaku Penerbit Eksekutif menegaskan komitmen Infinitus untuk terus menolak filemotografi Malaysia supaya lebih menarik. Bagi Gayatri, filem ini bukan sekadar projek biasa, tapi satu usaha bagi penonton karya yang relevan dan bertenaga. Walaupun produksi masih berjalan, dia sendiri yakin sentuhan Hyrul akan hidupkan filem ini dengan vibe yang unik. Energy pasukan pun katanya sangat solid, menjadikan harapan untuk tinggalkan impak dalam industri makin besar.


Penerbit filem, Syahrul Imran pula highlight gabungan elemen komedi, coming of age, penyiasatan dan misteri sebagai selling point utama. Katanya tak banyak filem lokal berani cross genre begini, jadi Sumpahan Nilam Utama ada peluang besar tarik minat penonton semua peringkat. Selain itu, chemistry pelakon muda juga antara faktor yang buat filem ini nampak promising. Setiap seorang ada karakter distinct, dan itu bakal jadi nadi utama penceritaan.


ree

Daripada segi plot, filem ini membawa penonton ikut empat pelajar tingkatan lima yang duduk diam-diam di asrama pada cuti peristiwa semata mata nak siasat kebun manggis berhantu. Tapi semua bertukar huru hara bila Suri, gadis yang Ilham suka, hilang dan Farid si pengawas tiba tiba muncul. Misi menyelinap berubah jadi penyiasatan penuh twist apabila mereka terjumpa petunjuk bahawa Suri mungkin telah diculik. Dari situ, geng ini terbabit dalam rahsia gelap sekolah yang jauh lebih menakutkan daripada hantu yang mereka expect.


Sumpahan Nilam Utama bakal temui penonton seluruh negara tahun depan. Untuk update terbaru dan klip eksklusif, jangan lupa follow Infinitus Films MY di semua platform media sosial.


Comments


bottom of page