top of page

Sulaiman Usop Kembali Dengan Single Penuh Emosi, “Pergilah”

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Penyanyi asal Sarawak, Sulaiman Usop, kembali dengan single terbaharu berjudul Pergilah, sebuah lagu balada emosi yang mengangkat kisah cinta tidak direstui keluarga kerana perbezaan bangsa dan agama.


Sulaiman yang aktif dalam industri muzik tempatan sebelum ini pernah memenangi anugerah Vokal Antap di Cats FM Awards dan tampil dengan single Tentang Dia pada tahun 2019.


Menariknya, Pergilah merupakan hasil kerjasama dua komposer dari Sarawak dan Indonesia iaitu Irvan Hamdan serta Gunan Syah, bekas ahli kumpulan ST12. Gabungan itu memberi sentuhan balada yang dekat dengan jiwa pendengar Malaysia.


Dalam muzik videonya, kisah pasangan kekasih yang terpaksa berpisah dipaparkan menerusi babak wanita melarikan diri dalam persalinan pengantin sebelum akhirnya memilih untuk akur dengan kehendak keluarga.


Proses rakaman lagu ini dilakukan di Malaysia, manakala mixing dan mastering disiapkan di Jakarta. Dari segi susunan muzik, Pergilah tampil dengan melodi santai dan mudah didengar.


Single ini turut diedarkan secara digital dengan pengurusan hak cipta di bawah Luncai Emas dan kini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital.

Bagi peminat lagu galau dan balada cinta penuh emosi, Pergilah mungkin antara lagu baharu yang boleh masuk playlist anda minggu ini.

Comments


bottom of page