“Sore: Istri Dari Masa Depan” Kini Menawan Malaysia
- Atiqah Halim
- 8 hours ago
- 2 min read

Lepas pecah panggung di Indonesia dengan kutipan lebih USD 9 juta dan lebih 3 juta penonton, filem romantik fantasi “Sore: Istri dari Masa Depan” akhirnya mendarat di pawagam Malaysia bermula 25 September 2025. Lagi power, naskhah ini juga terpilih jadi wakil rasmi Indonesia ke Oscar ke-98 bagi kategori Best International Feature Film.
Diterbitkan oleh Cerita Films dan diarahkan sutradara visioner Yandy Laurens, filem ini bukan sekadar cinta biasa-biasa. Ia menampilkan bintang hebat seperti Dion Wiyoko, Sheila Dara Aisha, Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus.

Sebuah Cinta Lawan Takdir
Bayangkan hidup kau tenang je, tiba-tiba satu hari muncul seorang wanita misteri yang mengaku dia isteri kau dari masa depan. Itu lah kejutan yang dialami Jonathan (Dion Wiyoko) bila bertemu Sore (Sheila Dara Aisha).
Misi Sore? Mengubah gaya hidup Jonathan sebelum terlambat. Tapi bila rahsia masa depan terbongkar, hubungan mereka jadi lebih complicated daripada yang dijangka.
Dari Webseries ke Layar Perak
Adaptasi daripada webseries popular dengan judul sama, versi filem ini hadir lebih megah, emosi mendalam dan sinematografik gempak. Yandy Laurens sendiri kongsi yang inspirasi filem ini lahir daripada pengalaman peribadinya sebagai seorang suami dan ayah.
“Saya percaya mesej tentang cinta dan kesempatan kedua itu universal. Filem ini adalah refleksi peribadi tentang cinta tanpa batas,” kata Yandy Laurens.

Visual dan Muzik Yang Menyihir
Penonton akan dibawa ke tiga lokasi ikonik; Jakarta, Croatia dan Finland, dengan latar aurora, salji beku dan panorama desa Eropah yang breathtaking. Sinematografi ini jadi tulang belakang emosi filem, ibarat mimpi yang hidup.
Runut bunyi utama, “Terbuang Dalam Waktu” nyanyian Barasuara, pula jadi nadi kepada perjalanan cinta Jonathan dan Sore. Lagu ni bukan sekadar pengiring, tapi jiwa yang menyatukan seluruh pengalaman menonton.
Kerjasama Eksklusif
Primeworks Studios bawa filem ini khas untuk pasaran Malaysia, dengan Kenangan Coffee pula jadi rakan promosi rasmi. Confirm hype dia lain macam!
Dengan status box office dan ranking keenam tertinggi kutipan di Indonesia tahun ini, “Sore: Istri dari Masa Depan” dah jadi antara filem romantik paling besar 2025 ini.
Filem ini bukan sekadar cerita cinta, tapi tentang takdir, kesempatan kedua dan pengorbanan. Soalan paling besar, kalau diberi peluang, apa yang akan anda ubah dalam hidup?
“Sore: Istri dari Masa Depan” mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025.

Comments