top of page

“Sore: Istri Dari Masa Depan” – Filem Romantik Fenomena Indonesia Kini ke Pawagam Malaysia 25 September 2025

  • Writer: N
    N
  • 10 hours ago
  • 2 min read

Fenomena cinta dari seberang kini bakal menghangatkan layar perak Malaysia! Filem romantik Indonesia, Sore: Istri Dari Masa Depan, yang mencatat lebih 3 juta penonton di Indonesia pada tahun 2025, akhirnya akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025.

ree

Diadaptasi daripada siri web popular terbitan Inhype Pictures, versi layar perak ini tampil dengan skala produksi lebih besar, emosi lebih mendalam, dan jalan cerita yang mampu membuat penonton terpaku dari awal hingga akhir.


Sebagai pengedar rasmi, Primeworks Studios dengan bangganya membawakan filem ini untuk tontonan peminat tempatan. Filem ini bukan sekadar adaptasi semata-mata, sebaliknya mengembangkan kisah asal dengan penceritaan yang lebih menyentuh jiwa serta visual sinematik yang memukau.

ree

Versi filem ini menampilkan gandingan mantap Dion Wiyoko sebagai Jonathan dan Sheila Dara Aisha sebagai Sore. Walaupun siri asal menampilkan Tika Bravani, watak Sore kali ini digalas Sheila dengan penuh keaslian dan pesona.


Sheila dikenali sebagai pelakon serba boleh, manakala Dion sudah terbukti sebagai hero romantik yang mampu mencairkan hati penonton. Chemistry mereka dijangka memberi nafas baharu kepada kisah cinta unik ini.

ree

Plot filem bermula dengan Jonathan, seorang lelaki sepi yang kehidupannya tidak terurus. Segalanya berubah apabila muncul seorang wanita misteri bernama Sore, yang memperkenalkan dirinya sebagai isterinya dari masa depan.


Kehadiran Sore bukan sekadar mengajar Jonathan tentang cinta dan makna kehidupan, tetapi juga membuka lembaran baharu penuh keajaiban. Namun, mampukah cinta mereka bertahan apabila rahsia masa depan mula terbongkar?


Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keajaiban kisah cinta ini di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025. Bagi peminat filem romantik dan drama penuh emosi, Sore: Istri Dari Masa Depan pastinya menjadi antara filem wajib tonton tahun ini.

ree

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti akaun rasmi Primeworks Studios di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube.

Comments


bottom of page