top of page

“Sore: Istri dari Masa Depan” Dipilih Wakil Indonesia ke Oscar 2026

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 25 minutes ago
  • 1 min read

Dari layar perak ke pentas dunia, filem Sore: Istri dari Masa Depan kini melangkah lebih jauh. Selepas berjaya memikat lebih 3 juta penonton di pawagam Indonesia, filem romantik fantasi arahan Yandy Laurens itu rasmi diumumkan sebagai wakil Indonesia untuk kategori Best International Feature Film di Academy Awards ke-98 (Oscar 98).


ree

Keputusan ini dibuat oleh Komite Seleksi Oscar Indonesia, badan yang dibentuk setiap tahun oleh PPFI (Persatuan Perusahaan Film Indonesia) dan diiktiraf pihak Academy. Mesyuarat pleno yang berlangsung pada 8 September lalu memilih Sore: Istri dari Masa Depan sebagai taruhan terbaik negara jiran itu di pentas anugerah berprestij dalam dunia filem.


Prosedur filem ini, Suryana Paramita, jelas terharu dengan pengunguman tersebut. “Merasa sangat bersyukur, Sore: Istri dari Masa Depan terpilih dan dipercayai untuk menjadi perwakilan filem Indonesia yang dikirim ke Oscar. Kami berharap mendapat dukungan penuh dari seluruh pihak,” katanya.


Yandy Laurens selaku penulis dan pengarah turut menganggap pencalonan ini sebagai satu bentuk kepercayaan besar. “Ini adalah bentuk penghargaan yang amat tinggi bagi karya kami,” ujarnya.


Kalau Malaysia boleh bawa Imaginur ke Oscar tahun lepas, tahun ni Indonesia pula datang dengan Sore. Sama-sama kita tunggu, mampukah filem ini bawa pulang statuette emas ke Asia Tenggara?


Comments


bottom of page