top of page

Sophia Albarakbah & Alvin Chong Bawa Kisah 'Jika Itu Salahku' Dengan Emosi Yang Padu

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 7 hours ago
  • 2 min read
ree

Kalau cinta tu mudah, semua orang dah bahagia. Tapi realitinya, cinta bukan sekadar soal dua hati, tapi juga dua dunia. TV3 kali ini muncul dengan satu drama yang mendalam, “Jika Itu Salahku”, adaptasi daripada novel popular karya Liza Nur, yang bakal buat penonton fikir balik makna cinta, agama dan keikhlasan sebenar.


Mulai 17 Oktober 2025, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3, bersedia untuk menyelam dalam dunia Asyiqeen (lakonan Sophia Albarakbah) dan Ashraff Ivan Tang (Alvin Chong), dua jiwa yang datang dari jalan hidup berbeza tetapi dipertemukan oleh takdir.



Asyiqeen bukan watak cinta tipikal. Gadis ni dibesarkan tanpa kasih sayang, tanpa bimbingan agama, dan terpaksa jadi kuat sejak kecil kerana kena jaga adik yang ada sindrom Down sambil menahan penderaan daripada neneknya, Mak Tok (Fadilah Mansor). Hidup dia amat keras, sampai satu tragedi besar jadi turning point untuk dia mula kenal erti Tuhan dan kehidupan sebenar.


Masuk pula Ivan Tang, lelaki kacukan yang hidupnya bebas tanpa batas. Tapi bila dua dunia ini bertembung, muncul rasa yang halus. Cinta yang bukan sekadar tentang rindu, tapi tentang ujian iman. Bila cinta dan agama bertembung, siapa yang bakal kalah?


Bukan setakat penonton yang kena emosi, Alvin Chong sendiri pun kena ‘reflect’ diri masa bawa watak ni. Katanya, “Watak Ivan ni lain. Ia bukan cuma kisah cinta biasa. Ia pasal pencarian diri, pasal keyakinan dan kasih yang wujud antara dua insan dari dunia berbeza. Watak ni buat saya sedar bahawa sejauh mana seorang lelaki boleh pergi untuk benar-benar faham jiwa wanita yang dia cintai.”


Sophia pula seperti biasa, bawa intensiti yang kuat. Gabungan dia dengan Alvin memang ada spark, tapi bukan jenis cinta manja, tetapi cinta yang raw, penuh dilema dan pertentangan emosi.


Selain Sophia dan Alvin, drama 13 episod ni turut dibarisi nama-nama besar macam Dato’ Ziela Jalil, Fadilah Mansor, Shamsul Ghau Ghau, dan Steve Yap. Semuanya di bawah arahan Riza Baharuddin, diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.


Skrip dia bukan sekadar nak buat orang menangis. “Jika Itu Salahku” lebih kepada refleksi. Tentang bagaimana kasih dan iman diuji bila dua hati cuba bersatu walau dunia mereka tak sama.


Jadi, kalau korang tengah craving drama yang bukan sekadar ‘sweet couple moments’, tapi ada isi, makna dan konflik spiritual yang real, “Jika Itu Salahku” wajib masuk dalam watchlist korang.


Tayangan: Setiap Jumaat & Sabtu, jam 9.00 malam


Strim 24 jam lebih awal di tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play & App Store.


Untuk update terkini, follow @TV3Malaysia & @dramasangat dekat semua platform.


Comments


bottom of page