top of page

Song Kang & Kim So Hyun Bakal Reunion Dalam White Scandal?

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Peminat K-drama, bersedia! Nama Song Kang dan Kim So Hyun kembali jadi sebutan apabila mereka dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran untuk membintangi drama baharu berjudul White Scandal. Ya, ini mungkin reunion yang ramai tunggu sejak Love Alarm lagi.


Pada 24 Februari, agensi kedua-dua pelakon mengesahkan mereka sudah menerima tawaran dan kini sedang meneliti skrip tersebut. Belum ‘confirm’ lagi, tapi cukup untuk buat timeline X dan TikTok kecoh sekejap.


Drama White Scandal ini adalah adaptasi daripada novel web karya Moon Chae Ah. Jalan ceritanya agak berat, tapi itu yang buat lagi menarik. Ia mengisahkan Ji Eun Seol, bekas pelakon kanak-kanak yang kerjayanya hancur selepas dia mengambil salah atas jenayah abangnya sendiri. Plot twist awal pun dah pedih, kan?


Kini bekerja sebagai pengurus jalanan, hidupnya berubah apabila dia bertemu semula dengan Dan Yi Hyuk, lelaki yang ada kaitan dengan masa lalunya. Pertemuan itu membawa kepada hubungan kontrak antara mereka. Dari situ, rahsia demi rahsia mula terbongkar.


Menurut laporan, Kim So Hyun ditawarkan watak Ji Eun Seol, manakala Song Kang pula sedang dalam perbincangan untuk membawa watak Dan Yi Hyuk. Kalau jadi, ini akan jadi reunion mereka selepas sama-sama membintangi siri Netflix Love Alarm pada 2019 dan 2021. Sudah hampir lima tahun!


Dari segi produksi, drama ini ditulis oleh Kim Ga Eun yang sebelum ini terlibat dengan Call It Love, dan diarahkan oleh Kim Chul Gyu, nama yang cukup dikenali menerusi Mother dan Flower of Evil. Kalau tengok track record, memang bukan calang-calang team.


Buat masa ini, White Scandal masih di peringkat casting dan penggambaran dijangka bermula pada separuh kedua tahun ini. Tarikh tayangan rasmi pula belum diumumkan.


Apa pun, kalau betul Song Kang dan Kim So Hyun kembali bergandingan, rasanya peminat K-drama di Malaysia pun tak sabar nak tengok chemistry versi “lebih matang” mereka. Reunion yang ditunggu atau sekadar khabar angin? Kita tunggu pengesahan rasmi.


Comments


bottom of page