top of page

Sobri Anuar Curi Perhatian Dalam Keluarga Iskandar 3

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Feb 27
  • 1 min read

Lakonan Sobri Anuar dalam Keluarga Iskandar 3 kini jadi topik hangat peminat drama tempatan. Episod terbaru yang sarat emosi benar-benar buat ramai penonton rasa “terpukul”, lebih-lebih lagi dengan momen kehilangan yang cukup menyentuh hati.

Kalau anda follow drama bersiri ini, mesti tahu episod semalam bukan biasa-biasa. Pemergian watak Kak Ngah yang dilakonkan oleh Susan Lankester buat ramai mengaku masih belum boleh “move on”. Timeline media sosial penuh dengan luahan sedih, siap ada yang kata ulang tengok babak tertentu sampai berair mata.


Dalam suasana penuh duka itu, watak Abang Ngah yang dibawakan oleh Sobri Anuar benar-benar menyerlah. Ramai puji cara dia menjiwai watak, bukan sekadar menangis depan kamera, tapi setiap riak wajah, bahasa badan dan nada suara terasa jujur. Macam kita sendiri yang ada dalam situasi kehilangan ahli keluarga.


Ada komen netizen yang menyifatkan babak Abang Ngah terasa sangat “real”. Tak berlebihan, tak dibuat-buat. Emosi yang dibawa cukup kuat sampai penonton boleh rasa kesedihan itu. Inilah kekuatan drama keluarga bila jalan cerita dan lakonan bergerak seiring, terus tembus ke hati.

Untuk musim ketiga ini, Keluarga Iskandar 3 memang tampil dengan konflik dan emosi yang lebih berat. Selain Sobri dan Susan, drama ini turut dibarisi nama-nama besar seperti Kismah Johar, Datuk Hilal Azman, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Anita Baharom, Baizura Kahar dan Raja Ema. Barisan pelakon yang memang sudah sinonim dengan drama berkualiti tempatan.


Drama ini bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Sooka, jadi memang tak ada alasan untuk ketinggalan episod penting.



Comments


bottom of page