Sky Wongravee Gegarkan KLCC, Jadi Tetamu Eksklusif Montblanc
- Atiqah Halim
- 15 minutes ago
- 1 min read
Sky Wongravee Nateetorn, pelakon Thailand yang mula aktif sejak 2024, mula mencuri perhatian menerusi drama remaja popular Hormones: The Series. Namanya makin melonjak dengan drama My Ambulance dan High School Frenemy, sebelum dia terus kukuhkan status sebagai antara leading actor muda paling laris di Thailand.
Selain berlakon, Sky juga dikenali sebagai wajah fesyen pilihan jenama antarabangsa, menjadikan dia ikon generasi baharu dalam industri hiburan Asia.
Semalam, Sky sekali lagi buktikan statusnya sebagai heartthrob Asia bila dia muncul di acara pelancaran Montblanc Explorer Extreme Parfum di Suria KLCC.

Acara eksklusif yang berlangsung di Centre Court itu bukan sekadar showcase minyak wangi terbaru Montblanc, tapi jadi pentas besar bila Sky turun padang sebagai tetamu kehormat.
Seawal jam 12 tengah hari, kawasan Centre Court dah penuh dengan peminat yang sanggup tunggu berjam-jam dari 7 pagi hanya untuk tengok pelakon Thai kegemaran ramai itu. Bila Sky melangkah masuk, suasana memang terus bertukar menjadi mini fanmeet dek jeritan peminat dan flash kamera.
Bukan setakat muncul, Sky siap meluangkan masa berinteraksi dengan peminat, senyum mesra, dan berikan pose eksklusif untuk media. Ramai yang share moment itu di Instagram, TikTok dan X.
Kolaborasi Montblanc dengan Sky ini memang kena, kerana dua-dua sinonim dengan imej elegan tapi berjiwa muda. Explorer Extreme Parfum yang dilancarkan itu pula dicanang sebagai wangian untuk mereka yang berani mencabar batas, sama seperti persona Sky sendiri.
Ramai peminat Malaysia akui moment ini sangat bermakna sebab jarang dapat peluang jumpa Sky secara dekat. Dengan penampilan penuh gaya dalam jaket coklat sleek, dia memang serlahkan aura global star.
Comments