top of page

“Siapa Dia”: Filem Musikal Penuh Emosi, Nicholas Saputra Kembali Dengan Kisah Cinta Tiga Generasi

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 6 hours ago
  • 2 min read

ree

Kalau korang rindu nak tengok Nicholas Saputra dalam naskhah yang lebih artistik dan introspektif, Siapa Dia mungkin jadi filem wajib tonton bulan ni. Arahan pengarah tersohor Garin Nugroho, filem ni bukan sekadar drama romantik, tapi gabungan antara seni, sejarah, dan muzik yang membentuk identiti filem Indonesia.


Filem ni mengisahkan Layar (lakonan Nicholas Saputra), seorang pengarah muda yang mula rasa jenuh dengan kerjayanya. Dalam usaha nak cari semula makna dan inspirasi, dia balik ke rumah buyutnya, tempat yang penuh memori dan sejarah keluarga. Di situ, dia jumpa sebuah koper lama berisi surat dan catatan harian daripada buyut, datuk dan ayahnya sendiri.


Apa yang Layar tak sangka, setiap tulisan dalam koper tu membongkar kisah cinta lintas generasi keluarganya. Dari zaman kolonial sampai era moden, setiap cinta yang pernah lahir ada luka, harapan dan keindahan tersendiri. Kisah-kisah tu akhirnya jadi inspirasi untuk filem musikal yang dia hasilkan sekaligus menghubungkan masa lalu dan masa kini dalam satu karya penuh emosi.


ree

Dibantu dua watak penting, Denok (Amanda Rawles) dan Rintik (Ariel Tatum), Layar mula menghidupkan semula kenangan itu melalui lagu dan tarian. Tapi semakin jauh dia menyelami sejarah keluarganya, semakin banyak rahsia yang terbongkar tentang siapa dirinya, dan siapa sebenarnya “dia” yang disebut-sebut dalam catatan lama itu.


Gaya penceritaan Siapa Dia mencerminkan signature Garin Nugroho yang penuh puisi visual, sarat simbolisme dan menggunakan muzik bukan sekadar hiasan, tapi sebagai jiwa cerita. Filem ni juga menarik sebab ia menggabungkan elemen sejarah filem Indonesia dari era kolonial sampai ke moden, menjadikannya bukan sekadar tontonan, tapi satu penghargaan terhadap evolusi filem.


Dengan runut bunyi yang menampilkan Ara Johari dan Ameera, Siapa Dia dijangka memberi pengalaman sinematik yang segar dan mendalam. Bukan sekadar tentang cinta, tapi tentang warisan, kreativiti dan keberanian mencari semula makna hidup dalam dunia yang semakin kehilangan arah.


Jadi, kalau korang jenis yang suka filem dengan naratif puitis dan visual yang “sinematik”, Siapa Dia bukan sekadar movie, it’s a vibe.



Comments


bottom of page