Hujan Lebat Tak Halang, Peminat Kata Konsert Wali Kejap Sangat Sebab Terlalu Enjoy
- N

- 3 minutes ago
- 2 min read
Konsert Wali Kembali memang betul-betul jadi bualan ramai hampir 12,000 penonton membanjiri Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Walaupun hujan lebat turun sebelum acara bermula, aura konsert langsung tak terjejas. Kaypoh sikit, ramai yang dah ‘camping’ seawal jam 4 petang semata-mata nak secure port terbaik!

Bila jam tunjuk tepat 8.30 malam, suasana terus meletup dengan sorakan penonton. Dari awal lagi dah boleh rasa energi luar biasa, macam semua orang datang dengan satu misi nak enjoy habis-habisan.
Wali Band, yang dianggotai Faank, Apoy, Tomi dan Ovie, terus deliver lagu-lagu hit yang memang lekat dalam kepala. Bila intro lagu macam “Aku Bukan Bang Toyib”, “Cari Jodoh” dan “Baik-Baik Sayang” dimainkan, satu stadium terus jadi ‘karaoke terbesar’ malam tu. Duduk? Memang tak sempat. Semua bangun, menari dan menyanyi sama-sama tanpa henti.
Menariknya, ramai peminat mula berkongsi reaksi mereka rata-rata kata konsert terasa “kejap sangat”. Bukan sebab setlist pendek, tapi sebab terlalu seronok sampai tak sedar masa berlalu.

Lebih kelakar (dan relatable), tinjauan yang dibuat oleh Kaypoh Media di Threads pun menunjukkan vibe yang sama. Antara perkongsian mereka termasuk soalan santai kepada peminat tentang lagu Wali yang pernah ‘dedicate’ untuk pasangan dan respon yang diterima memang rancak, membuktikan betapa kuatnya connection lagu-lagu Wali dengan peminat di Malaysia .


Kiranya bukan saja enjoy, tapi penuh memori juga.
Apa yang buat konsert ni lain macam, bukan sekadar vibe ‘happening’ semata. Di tengah-tengah kemeriahan, Wali Band selitkan elemen yang lebih menyentuh jiwa. Mereka sempat berzikir, membaca doa dan menghadiahkan Al-Fatihah buat para penonton. Moment tu memang terasa lain tenang, tapi penuh makna.
Lebih menyentuh hati, mereka turut menitipkan doa untuk rakyat Palestin, menunjukkan sisi keprihatinan yang jarang kita lihat dalam konsert mainstream. Inilah identiti Wali Band gabungan hiburan dan dakwah yang kena dengan jiwa ramai.

Konsert ini jelas bukan sekadar hiburan biasa. Ia jadi ruang untuk peminat lepaskan tekanan, sambil dapat ‘isi’ yang memberi refleksi tentang kehidupan, hubungan sesama manusia dan juga spiritual.
Akhir kata, Konsert Wali Kembali bukan saja berjaya gegarkan Kuala Lumpur, tapi juga tinggalkan impak emosi yang susah nak dilupakan. Untuk peminat di Malaysia, ini memang antara malam yang akan dikenang lama.



Comments