Shukri Yahaya Kembali dengan Watak Tauke Kopi dalam Drama “Bru”
- Nurul Safiah
- 19 hours ago
- 1 min read

Pelakon popular Shukri Yahaya tampil di kaca skrin dengan watak terbarunya sebagai seorang tauke kopi dalam drama bersiri terbaharu berjudul Bru, arahan pengarah prolifik Nik Amir Mustapha.
Drama komedi 10 episod ini akan ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman Tonton bermula 1 Mei 2025, setiap Isnin dan Khamis.
Diterbitkan oleh Lumatic Films, Bru mengisahkan Shah, seorang ‘mover’ berjiwa besar yang menyimpan impian besar untuk memiliki perniagaan kopi sendiri, meskipun tidak mempunyai sebarang modal.
Drama ini menampilkan elemen perjuangan, persahabatan serta kritikan sosial dalam gaya komedi yang segar dan menghiburkan.

Shukri Yahaya menggambarkan watak Shah sebagai seorang yang penuh semangat tetapi sering bergelut dengan realiti kehidupan.
“Shah dalam Bru bukan sekadar seorang peniaga kopi, dia seorang yang berani mengejar impian, walaupun terpaksa berdepan dengan kegagalan dan konflik. Wataknya mencerminkan realiti ramai yang ingin mengubah nasib hidup tetapi sering terhalang oleh cabaran sendiri.
“Saya harap penonton dapat melihat perjuangan Shah sebagai sesuatu yang relatable dan menghiburkan. Selain itu, ini merupakan comeback saya selepas berehat seketika daripada drama dan berharap penonton dapat menerima Bru dengan baik,” jelasnya
Bru dijangka menjadi antara tontonan wajib dengan gabungan jalan cerita yang unik, barisan pelakon mantap serta sentuhan istimewa Nik Amir Mustapha sebagai pengarah.
Jangan lepaskan peluang tonton Bru bermula 1 Mei, eksklusif di Tonton! Strim episod baru di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play & App Store.

Comments