top of page

Sheila Majid 40 Years in Music: Konsert Ikonik di Axiata Arena Bukit Jalil, November 2025

  • kaypohmedia
  • 8 hours ago
  • 2 min read

Sheila Majid, ikon muzik Nusantara dan Ratu Jazz Malaysia, bakal menyambut ulang tahun ke-40 dalam industri muzik dengan cara paling luar biasa, sebuah konsert berskala mega bertajuk Sheila Majid 40 Years in Music. Konsert ini akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 November 2025 dan dijangka menjadi antara persembahan paling bersejarah dalam industri hiburan tanah air.


Konsert ini dianjurkan oleh penganjur konsert tersohor, Altus Prohouse bersama rakan kolaborasi TopGallant Show. Dengan reputasi Altus Prohouse yang terbukti melalui penganjuran acara bertaraf tinggi, peminat boleh menjangkakan pengalaman muzik yang penuh emosi, kemegahan dan nilai nostalgia.

Bukan Sekadar Konsert, Tapi Sebuah Perayaan

“Sheila Majid 40 Years in Music bukanlah konsert tribute,” tegas Miselyn Yee Siew dari Altus Prohouse. “Ia adalah perayaan kepada seorang legenda hidup yang masih relevan, masih menghasilkan muzik yang menyentuh hati, dan masih menjadi inspirasi merentas generasi.”

Antara lagu-lagu ikonik yang bakal memeriahkan malam tersebut termasuk “Sinaran”, “Legenda”, “Hitam Putih Kehidupan”, dan “Antara Anyer dan Jakarta” lagu-lagu yang menjadi jalur kenangan buat ramai rakyat Malaysia.

Sheila Majid sendiri mengungkapkan rasa terharu dengan penganjuran konsert ini


“Empat puluh tahun adalah tempoh yang panjang. Saya tak pernah bayangkan akan diberi peluang dan sokongan selama ini. Ini adalah hadiah, bukan hanya untuk saya tapi untuk semua individu hebat yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan saya.”

Tiket Akan Dijual Mulai 17 Julai 2025

Buat peminat yang ingin menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini, tiket akan mula dijual pada 17 Julai 2025, jam 10 pagi di laman rasmi:


Kategori & Harga Tiket:

  • RM3,400 - Party Zone

  • RM768 - VVIP

  • RM668 - VIP

  • RM568 - CAT 1

  • RM468 - CAT 2

  • RM368 - CAT 3

  • RM268 - CAT 4


Dengan gabungan karisma Sheila Majid, kehebatan produksi Altus Prohouse dan skala Axiata Arena, konsert ini bukan sahaja akan menjadi penanda sejarah dalam karier beliau, malah dalam landskap muzik Malaysia secara keseluruhan.


Mark your calendar. 8 November 2025. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Sheila Majid 40 Years in Music – satu malam yang menjanjikan keindahan muzik, kenangan dan penghargaan buat seorang bintang sejati yang tidak pernah malap.

Comments


bottom of page