top of page

Sepatu Compass Lancar Kasut “RESIST. RETURN.” Sebagai Simbol Solidariti untuk Palestin

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jul 14
  • 1 min read

Updated: Jul 16

ree

Jenama sneakers ikonik dari Indonesia, Sepatu Compass, melangkah lebih jauh dalam perjuangan kemanusiaan dengan melancarkan satu koleksi eksklusif yang menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin menerusi pasangan kasut edisi khas “RESIST” dan “RETURN”.

 

Walaupun kasut ini tidak dijual kepada umum, ia menjadi simbol perjuangan dalam bentuk seni dan budaya, digabungkan bersama pameran fotografi khas bertemakan keberanian remaja Palestin .

 

Pameran ini akan berlangsung di Burrow Skateshop, Semua House, Kuala Lumpur dari 19 hingga 31 Julai 2025, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari.

 

ree

Masuk adalah berdasarkan sumbangan, memberi peluang kepada orang ramai untuk turut serta menyokong inisiatif ini sambil mendalami kisah perjuangan generasi muda Palestin.

 

Pameran ini menampilkan dokumentasi visual oleh 8 jurugambar yang merakam semangat anak muda Palestin melalui papan selaju.

 

Inisiatif ini merupakan hasil kerjasama bersama yarobinyashar dan komuniti papan selaju tempatan burrow.skate, yang berusaha memperjuangkan kebebasan melalui seni dan ekspresi budaya.

 

ree

Sebagai pembuka tirai kepada pameran tersebut, acara khas TURUN BAWAH VOL. 3 akan berlangsung pada 19 Julai 2025, dari jam 3 petang hingga 7 malam.


Acara ini bakal menampilkan gabungan muzik live, seni jalanan dan aktiviti papan selaju termasuk persembahan oleh yarobinyashar, piriereispunx, dan wecommemorate, serta sesi grafiti oleh satutablecrew.


Tiket masuk ke acara eksklusif ini berharga RM25 dan hanya terhad kepada 150 pengunjung sahaja.


Sepatu Compass sekali lagi membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar gaya tetapi juga satu bentuk suara untuk keadilan dan kebebasan.

ree

Comments


bottom of page