Separuh Nafas Cinta: Drama Vertikal Baharu Sarat Dendam, Perkahwinan Paksa & Ibu Mentua Dari Neraka
- N

- 14 minutes ago
- 1 min read
Drama vertikal terbaharu terbitan Media Prima, Separuh Nafas Cinta, bakal ditayangkan bermula 1 Disember 2025 secara eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton dengan dua episod sehari pada jam 12 tengah hari dan 8 malam.

Drama ini menampilkan gandingan pertama kali Amin Sufian dan Ariana Yusof, bersama Amri Dahlan dan Zazzleen. Kisah bermula apabila Ariana ditinggalkan tunang pada hari pernikahan lalu terpaksa berkahwin dengan Hariz, adik kepada tunangnya, demi menjaga maruah keluarga.

Ariana bersetuju berkahwin dengan satu syarat, perceraian selepas enam bulan. Namun hidupnya berubah menjadi mimpi ngeri selepas berdepan dengan Juhara (Zazzleen), ibu mentua yang kejam, penuh manipulasi dan langsung tidak merestui perkahwinan mereka.
Kemunculan Zazzleen sebagai watak antagonis mencuri perhatian apabila beliau tampil jauh berbeza daripada imej komedi yang sinonim dengan dirinya sebelum ini.
Dengan 60 episod berdurasi 2–3 minit, Separuh Nafas Cinta menjanjikan konflik emosi, penderitaan dan drama mentua-menantu yang menyayat hati. Runut bunyi rasmi berjudul “Benar Indah” dinyanyikan oleh Kai Deva.
Nantikan Separuh Nafas Cinta bermula 1 Disember 2025 di TikTok Drama Sangat dan Tonton bermula 1 Disember 2025, eksklusif di TikTok Drama Sangat dan Tonton.













Comments