“Seoul Cinta”, Drama Akasia Terbaharu Yang Buat Penonton Cair
- Atiqah Halim

- Oct 29
- 2 min read

Cinta, rahsia dan takdir. Tiga elemen yang selalu membuat hidup jadi macam drama. Tapi kali ni, literally jadi drama dalam siri baharu slot Akasia TV3, Seoul Cinta, yang bakal menemui penonton mulai 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Menampilkan 13 episod penuh emosi, Seoul Cinta menggabungkan kisah cinta moden dengan konflik dalaman yang real dan dekat dengan kehidupan sebenar. Berlatarbelakangkan kota Seoul yang ikonik, drama ini mengangkat persoalan; bila cinta bertemu rahsia, masihkah ia seindah yang kita percaya?

Diterajui oleh Fitri Farok dan Siti Khadijah Halim, drama ini mempertemukan dua jiwa dari dunia berbeza. Fitri membawa watak Daniel Khalil, usahawan muda yang berjaya dan nampak “perfect” dari luar, tapi masih mencari cinta sejati. Di sisi lain, Azra lakonan Siti Khadijah yang merupakan gadis biasa yang bekerja di hotel kucing, sebenarnya menyimpan rahsia besar. Dia ialah Kiki, pempengaruh masakan yang diam-diam menjadi inspirasi Daniel sendiri.
Yang menarik, Daniel tak sedar wanita yang dia idolakan di media sosial tu sebenarnya orang yang sama yang jaga kucingnya tiap minggu. Azra pula takut nak buka rahsia sebab malu dengan identitinya Takut dunia Daniel terlalu jauh untuk gadis sepertinya. Real talk, ramai boleh relate kan dengan dilema tu?

Konflik makin tegang bila Daniel mula rapat dengan Raisha (lakonan Cahaya Nilam), selebriti glamor yang penuh attitude, sementara Azra ditekan menerima lamaran Lukman (Muaz Zabir), lelaki yang dah lama menyimpan hati padanya. Dalam perjalanan mereka ke Seoul, rahsia mula terbongkar dan di situlah cinta diuji antara ilusi kesempurnaan dan kejujuran hati.
Fitri Farok mengakui wataknya bukan sekadar kisah cinta tipikal. Katanya, “Watak Daniel Khalil mewakili ramai individu moden yang nampak berjaya, tapi dalam diam masih mencari makna sebenar tentang cinta dan diri sendiri.”
Selain plotnya yang touching, Seoul Cinta turut memanjakan mata penonton dengan sinematografi yang cantik. Dari jalanan berlampu neon di Seoul hingga pemandangan romantik musim luruh. Ia bukan sekadar kisah cinta dua insan, tapi juga perjalanan mencari diri, keikhlasan dan kebahagiaan sebenar.

Jadi kalau korang jenis yang suka drama manis tapi penuh dengan perasaan, Seoul Cinta patut masuk dalam list wajib tonton minggu ni.
Saksikan “Seoul Cinta” mulai 31 Oktober 2025, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.
Episod baharu boleh ditonton 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my atau melalui aplikasi Tonton di Google Play & App Store.
Untuk update terbaru, follow @TV3Malaysia dan @dramasangat di semua platform media sosial.









Comments