top of page

Selepas 3 Tahun Menyepi, Shazriq Azeman Kembali Dengan Balada Emosi ‘Masih Ada Kau Lagi’

  • Writer: N
    N
  • 6 days ago
  • 1 min read

Selepas tiga tahun tidak muncul dengan sebarang single baharu, penyanyi dan komposer berbakat, Shazriq Azeman akhirnya memecah sunyi dengan buah tangan terbaru berjudul ‘Masih Ada Kau Lagi’.


Menariknya, karya penuh emosi ini hadir selepas Shazriq lebih banyak menumpukan kerjaya sebagai penulis lagu untuk artis lain. Namun, atas dorongan rakan kolaboratifnya Omar K, beliau nekad untuk kembali ke hadapan pentas sebagai penyanyi.

ree

Menurut Shazriq, single ini lahir daripada pengalaman peribadi yang cukup mendalam.

“Waktu saya tulis lagu ini, saya sedang melalui cabaran besar dalam hidup. Jadi setiap kali menyanyikannya, ia mengingatkan saya pada momen penuh emosi itu,” jelasnya.

Lagu ini turut memperlihatkan sisi kematangan Shazriq, baik dari segi vokal mahupun penghayatan. Dengan gaya serak basah yang penuh jiwa, beliau berjaya menghidupkan lirik tentang cinta yang dikhianati tetapi rindu masih tersisa.


‘Masih Ada Kau Lagi’ menandakan kolaborasi kedua Shazriq bersama Alternate Records, dengan proses rakaman hanya mengambil masa dua hari.

Omar K yang bertindak sebagai penerbit menyifatkan kekuatan lagu ini terletak pada keaslian emosi dan vokal Shazriq.

“Vokal dia luar biasa. Kalau kena dengan material yang tepat, pendengar pasti meremang bulu roma. Lagu ini memang ada magis,” kata Omar K.

Lebih istimewa, lagu ini juga dipilih sebagai runut bunyi (OST) drama “Bintang Di Langit Syawal” yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 bermula 14 Oktober 2025.

Dengan melodi pop kontemporari dan lirik yang menyentuh jiwa, ‘Masih Ada Kau Lagi’ dijangka menjadi antara balada paling melekat di hati peminat tempatan.

Peminat kini boleh menikmati single terbaru Shazriq Azeman ini di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain.

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page