Search & XPDC Bersatu! Konsert Fenomena Samurai Bakal Gegar Stadium Sarawak
- N
- 5 days ago
- 1 min read
Dua nama besar dalam industri muzik rock tanah air Search dan XPDC, akhirnya bakal berkongsi pentas dalam sebuah konsert berskala besar yang diberi judul Konsert Fenomena Samurai.

Berlangsung pada 13 Disember 2025 di Stadium Sarawak, Kuching, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa tetapi pertembungan dua “gergasi rock” yang masing-masing punya cop mohor tersendiri.
Siapa yang tidak kenal Search dengan lagu-lagu fenomena mereka, dan siapa pula yang mampu menidakkan legasi XPDC yang cukup sinonim dengan gelaran Samurai dalam dunia rock Malaysia?

Barisan pemuzik hebat akan menggegarkan pentas Din & Kid (Search) serta Izo, Lola, Eddie, Arif dan Mamu (XPDC). Gabungan ini dijangka menghadirkan malam penuh tenaga, nostalgia, dan apresiasi buat peminat dari era 80-an hingga generasi terkini.
Penganjur bersama, Seni Simfoni dan Bintang Batu Event, menegaskan bahawa konsert ini dirancang rapi demi menjaga kredibiliti kedua-dua kugiran legenda.
“Konsert Fenomena Samurai bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pementasan dengan piawaian tersendiri dari segi muzik, bunyi dan kualiti persembahan,” ujar Ikhram atau Atom dari Seri Simfoni Sdn Bhd & Bintang Batu Event.

Tiket ‘early bird’ sudah mula dijual dengan harga:
RM250 (VIP)
RM188 (MOSH)
RM104 (Free Standing)
RM160 (Silver)
RM90 (Bronze)
Untuk harga biasa sehingga konsert berlangsung:
RM359 (VIP)
RM269 (MOSH)
RM149 (Free Standing)
RM229 (Silver)
RM129 (Bronze)
Tempahan tiket boleh dibuat di fenomenasamurai.ubertickets.asia
Bagi peminat tegar Search dan XPDC, konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi juga sebuah perayaan perjuangan muzik rock Malaysia yang terus hidup merentasi generasi.
Seperti kata Din (Search):
“Konsert Fenomena Samurai bukan hanya nostalgia, tetapi lambang kecintaan dan perjuangan yang kami bawa bersama peminat sejak dulu.”
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah rock Malaysia pada 13 Disember 2025 ini di Stadium Sarawak, Kuching.
Kerana di sinilah, gelombang fenomena bakal tercipta!
Comments