top of page

Salju & 7 Buaya: Ariana Yusof Terjebak Antara Cinta dan Harta

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Peminat drama penuh konflik dan plot twist nampaknya ada satu lagi siri yang boleh dimasukkan dalam senarai tontonan. Salju & 7 Buaya, drama mikro terbaru yang diinspirasikan daripada kisah dongeng Snow White, tampil dengan gabungan elemen cinta, pengkhianatan dan perebutan harta pusaka.

Drama ini mengisahkan Salju lakonan Ariana Yusof, seorang gadis yatim piatu yang dibesarkan oleh ibu angkatnya, Mak Sherry. Kehidupannya berubah sekelip mata apabila dia mengetahui dirinya merupakan pewaris sah kepada harta peninggalan arwah bapa kandungnya.


Namun, ada syarat yang perlu dipatuhi. Salju tidak dibenarkan berkahwin selama tiga tahun jika mahu mengekalkan haknya sebagai pewaris. Demi masa depan, dia terpaksa membatalkan perkahwinannya dengan Haikal, lelaki yang dicintainya.


Keputusan itu membuka ruang kepada pelbagai konflik baharu. Bukan sahaja hubungan mereka musnah, malah Salju turut berdepan dengan ibu tiri dan keluarga baharu yang mempunyai agenda tersendiri untuk memastikan dia kehilangan hak sebagai pewaris.


Lebih memburukkan keadaan, beberapa individu termasuk Haikal sendiri dikatakan terlibat dalam rancangan untuk menjatuhkan Salju. Persoalannya, mampukah dia mempertahankan haknya dan adakah cinta yang pernah terlerai boleh kembali bersatu?

Selain Ariana Yusof, drama ini turut dibintangi Imranul Effendy, Syafi Tee, Syuhaida Abraz, Watie Sadali, Lollysam dan Zarynn Min.


Dengan gabungan elemen romantik, konflik keluarga dan muslihat yang tidak berkesudahan, Salju & 7 Buaya menawarkan jalan cerita yang sesuai untuk penonton yang gemarkan drama ringan tetapi penuh emosi.


Drama ini mula ditayangkan pada 24 Jun 2026, setiap hari jam 8 malam menerusi TikTok Drama Sangat dan Tonton.

Comments


bottom of page