Ryzall Noh Pertaruh Natijah Cinta, Kisah Patah Hati Yang Ramai Boleh Relate
- N

- 35 minutes ago
- 1 min read
Penyanyi Singapura, Ryzall Noh, kembali dengan single terbaharunya berjudul Natijah Cinta, sebuah lagu yang mengangkat kisah realiti hubungan, kekecewaan dan penerimaan selepas perpisahan.

Menurut Ryzall, perkataan “natijah” membawa maksud kesimpulan atau akibat daripada sesuatu peristiwa. Lagu ini menggambarkan bagaimana sebuah hubungan yang dibina dengan penuh harapan akhirnya berubah dan runtuh tanpa disedari.
Menariknya, Natijah Cinta hadir dengan gabungan elemen pop rock serta sentuhan bunyian 90-an yang dipadankan dengan susunan muzik moden. Ryzall berkata beliau tertarik dengan melodi yang mudah diingati serta lirik yang sarat emosi dan kejujuran.

Lagu ini turut dihasilkan bersama Yazri Malik, yang berperanan sebagai komposer dan penulis lirik. Kerjasama mereka membantu membentuk identiti tersendiri untuk karya tersebut.
Bekas vokalis kumpulan Audionauts itu juga berharap Natijah Cinta dapat memperkenalkan muziknya kepada lebih ramai pendengar di Malaysia, yang disifatkannya sebagai antara pasaran paling dekat di hatinya.
Natijah Cinta kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital termasuk Spotify dan YouTube.



Comments