Rossa Kembali Dengan “Sinaran” feat. MK K-Clique
- Atiqah Halim
- 16 hours ago
- 1 min read
Kalau korang rasa Rossa dah cukup versatile selama ni, tunggu sampai korang dengar Sinaran. Yes babe, Rossa baru umum single terbarunya Sinaran. Kali ni bukan solo, tapi featuring MK K-Clique, penyanyi yang tengah naik dengan vibe pop futuristik. Lagu ni akan rilis pada 10 Oktober 2025, dan honestly, collab ni bunyi macam something yang boleh shake balik dunia pop Nusantara.
Dalam teaser video yang Rossa share di Instagram, suasananya terus bagi goosebumps dengan lampu disko, outfit berkilat, dan energy pentas seperti throwback ke era 80-an tapi dengan sentuhan moden. Visualnya sahaja sudah cukup nak buat orang cakap: “Okay, Rossa tengah masuk era baru ni!”
Lagu ni diterbitkan oleh Dipha Barus, nama besar dari Indonesia yang terkenal dengan produksi EDM-pop berkualiti tinggi. Gabungan Rossa, MK K-Clique dan Dipha seperti macam dream team. Satu trio yang boleh bawa balik semangat Asmaradansa tapi dalam versi 2025 yang lebih glitchy, funky dan confident.
Netizen cepat tangkap vibe disko glam ni, ramai komen “Queen Rossa never misses” dan “MK masuk, confirm flavour dia lain.” Kalau tengok track record dua-dua artis ni, memang nampak macam lagu ni boleh jadi antara collab paling hot hujung tahun ni.
Dengan hashtag rasmi #Asmaradansa #Rossa #SinaranRossa, nampak gaya Rossa bukan sekadar rilis lagu, tetapi dia tengah cipta semesta baru untuk peminat dia. Kita semua tahu bila Rossa buat comeback, dia bukan main-main.
So mark your calendar, 10 Oktober 2025, “Sinaran” akan rasmi menyala di semua platform digital. Bersedia untuk disko vibes, glitter mood dan Rossa yang lebih bold dari sebelum ni.
Comments