Review Gayong 2: Aksi Padu, Emosi Sampai Jiwa
- Tasnim Ahmad
- Apr 2
- 2 min read
Kalau korang tengah cari review Gayong 2, jujurnya filem ni memang bukan sekadar aksi kosong. Dari awal sampai habis, dia bagi pakej lengkap siap ada fight scene yang padu, emosi yang ‘kena’, dan mesej yang agak berat tapi relevan dengan realiti sekarang.

Gayong 2 datang dengan vibe yang lebih matang. Bukan sekadar kisah seni bela diri, tapi turut sentuh isu rasuah yang jelas dipaparkan sebagai sesuatu yang perlu dibanteras. Dalam masa sama, filem ni juga banyak bermain dengan tema pengorbanan especially bila melibatkan keluarga. Ada momen yang buat kita rasa, “eh berat juga pilihan yang dia kena buat ni.”
Dari segi aksi, memang tak mengecewakan. Fight scene dia kemas, tak serabut, dan paling penting, tak buat penonton rasa bosan. Setiap pergerakan nampak ‘hidup’ dan ada impak. Tapi yang buat lagi kuat, bila aksi tu diselang-selikan dengan emosi. Bila sedih, memang terasa. Bukan jenis ‘try hard’, tapi betul-betul sampai.
Watak Dato Meor yang dibawakan oleh Beto Kusyairy antara highlight terbesar. Lakonan dia solid, tenang tapi penuh intensiti. Ada aura pemimpin, tapi dalam masa sama kita nampak sisi manusia dia. Barisan pelakon lain pun bukan sekadar pelengkap. Chemistry antara mereka kuat, buatkan setiap hubungan dalam cerita tu terasa real.
Jalan cerita pula tak straightforward. Ada naik turun emosi, sekejap sedih, lepas tu lega, tiba-tiba datang plot twist yang memang tak dijangka. Ini yang buat penonton terus engaged sampai habis.
Cuma satu je, kalau korang plan nak tengok Gayong 2, better tengok Gayong 1 dulu. Baru boleh faham keseluruhan cerita dan connection antara watak dengan lebih jelas.

Secara keseluruhan, Gayong 2 bukan sekadar filem aksi biasa. Dia ada isi, ada rasa, dan ada sesuatu yang buat kita fikir balik tentang realiti hidup. Kalau korang jenis suka filem yang ada makna tapi still entertaining, yang ni memang worth it untuk masuk watchlist.



Comments