top of page

Repvblik Datang KL Dengan “Sandiwara Cinta” Live di Zepp KL, February 2026

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 46 minutes ago
  • 1 min read
ree

KL akan jadi saksi satu malam penuh emosi bila Rockstage Entertainment umumkan kehadiran Repvblik untuk konsert eksklusif “Sandiwara Cinta Live in Kuala Lumpur” pada 8 Februari 2026 di Zepp KL. Peminat lama yang dah rindu nak dengar lagu ikonik mereka secara live memang kena kunci tarikh ini cepat.


Walaupun lama tak buat persembahan berskala besar di Malaysia, aura Repvblik tak pernah pudar. Dengan lineup Ruri, Hexa dan Tyrex, mereka sedia untuk bawakan semula perjalanan muzik yang pernah jadi soundtrack hidup ramai orang. Confirm ramai yang akan sing along bila lagu seperti Sandiwara Cinta, Aku Tetap Cinta, Selimut Tetangga, Tiada Guna Lagi dan Hanya Ingin Kau Tahu mula bergema.


Konsert ni pun bukan konsert biasa. Rockstage Entertainment janji produksi bertaraf antarabangsa yang lebih teliti, lebih immersive dan lebih emotional. Dari sistem bunyi sampai visual, semua dirancang untuk hidupkan naratif muzik Repvblik dari awal karier hingga sekarang. Mood dia bukan sekadar persembahan tapi macam throwback besar yang penuh kenangan.


Pihak penganjur juga yakin konsert ni akan jadi jambatan budaya antara Malaysia dan Indonesia, sebab komuniti peminat Repvblik di sini memang kuat. Dengan Zepp KL sebagai venue utama, standard akustik dan fasiliti moden memang ngam untuk show yang perlukan kualiti audio visual padu.


Tiket sudah pun mula dijual menerusi laman web rasmi www.myticketempire.com. Siapa yang tak nak terlepas, beli cepat sebab kapasiti limited dan sambutan awal dah nampak sangat positif. Nampaknya konsert ni bakal jadi antara pembuka tirai 2026 yang paling mega dalam kalendar muzik tempatan.


ree

Comments


bottom of page