Rayme Terus Cemerlang, Empat Peserta Tersingkir Dalam Raise The Star Minggu Ke-6
- Nurul Safiah
- 6 days ago
- 1 min read

Persaingan semakin memuncak dalam program realiti nyanyian popular Raise The Star Malaysia apabila Rayme sekali lagi membuktikan keunggulan dengan persembahan lagu “Monalisa (Bang Bang)”, meraih markah tertinggi minggu ini iaitu 69.92%.
Minggu keenam membawa tema “Unbeatable” dengan para peserta mempersembahkan lagu-lagu ikonik penuh cabaran.
Aril Eles dan Pasya turut berada dalam kelompok teratas selepas memberikan persembahan yang konsisten dan penuh emosi.

Namun, bukan semua peserta berjaya mengekalkan rentak. Empat peserta dengan markah terendah iaitu Melinda Dadew (48.67%), Scha Nuril (41.24%), Max Brandon (38.04%) dan Darling (35.21%) telah disingkirkan daripada saingan.
Setiap peserta dinilai berdasarkan gabungan markah persembahan dan undian awam, dengan hanya yang terbaik akan mara ke minggu seterusnya.
Kini, tinggal 10 peserta yang masih kekal dalam pertandingan, masing-masing berjuang untuk merebut gelaran juara musim ini.
Siapakah yang bakal terus mara dan siapakah pula yang akan tersingkir minggu depan? Nantikan detik mendebarkan hanya di Raise The Star Malaysia!

Comments