top of page

Qifarah, Filem Seram Penuh Misteri Menanti Pada 9 Oktober

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 13 hours ago
  • 1 min read

Sebuah naskhah seram penuh debaran bakal menggegarkan pawagam tempatan. Arahan pengarah prolifik Ghaz Abu Bakar, filem Qifarah diumumkan akan keluar di pawagam bermula 9 Oktober ini, membawa kisah gelap yang sarat dengan rahsia, dendam dan ilmu hitam turun-temurun.


ree

Treler rasmi berdurasi 1 minit 30 saat yang baru sahaja dilancarkan berjaya menetapkan nada tegang dan misteri filem ini. Visual suram, suasana mendesak dan elemen mistik dipaparkan sebagai bayangan awal kepada jalan cerita yang bakal mengikat penonton dari awal hingga akhir.


Filem Qifarah mengetengahkan barisan pelakon hebat tanah air, antaranya Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Namron, Rita Nadira, Vanidah Imran, Esma Daniel dan Rafique Iskandar. Gandingan mantap ini dijangka menampilkan lakonan penuh emosi yang menambahkan lagi kekuatan penceritaan.


Mengisahkan Yusoff (Remy Ishak), seorang lelaki yang terpaksa pulang dari Cairo selepas menerima perkhabaran bahawa ayahnya, Ghazali (Esma Daniel), berada dalam keadaan tenat. Namun, kepulangannya bukan sekadar mengundang pertemuan semula dengan keluarga, malah membuka semula rahsia gelap yang cuba dikuburkan sekian lama, amalan ilmu hitam dan bayangan silam yang terus menghantuinya.


Dengan gabungan jalan cerita penuh mendebarkan, arahan pengarah berpengalaman serta deretan arahan pengarah berpengalaman serta deretan pelakon berkualiti, Qifarah berpotensi menjadi antara filem seram tempatan yang paling ditunggu-tunggu tahun ini.


Sebagai pengedar rasmi, Primeworks Studios bersama Skop Productions, MyWay pictures dan Astro Shaw mempersembahkan treler rasmi Qifarah yang kini boleh ditonton di semua platform media sosial rasmi.


Qifarah bakal menghantui pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Oktober 2025.



Comments


bottom of page