top of page

Polong Buat Netizen Meremang, Trailer Seram Jadi Bualan

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 1 hour ago
  • 2 min read

Filem seram tempatan Polong nampaknya belum masuk pawagam pun dah mula “mengganggu” netizen Malaysia. Sejak poster dan trailer rasmi filem ini dilancarkan pada 7 Mei lalu, media sosial terus dipenuhi pelbagai reaksi daripada penonton yang mengaku rasa seram, tak selesa dan meremang hanya selepas menonton beberapa minit sedutan rasmi.


Apa yang buat ramai tertarik, trailer Polong bukan sekadar tampil dengan jumpscare biasa. Visual gelap, vibe disturbing dan sinematografi yang agak “keras” terus jadi topik hangat dalam kalangan peminat filem horror tempatan.


Ada netizen yang siap tinggalkan komen seperti “Baru trailer dah meremang” dan “Trailer pun dah goosebumps”. Malah ramai juga anggap filem ini berpotensi jadi antara filem seram tempatan paling intense tahun ini.


Boleh kata, aura seram Polong memang berjaya buat orang mula rasa curious.


Filem arahan Zulkarnain Azhar ini turut menampilkan barisan pelakon yang bukan calang-calang. Antaranya Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron dan Nadiya Nisaa.


Dari segi jalan cerita pula, Polong mengisahkan Fatima, seorang wartawan bercita-cita tinggi yang cuba menyiasat kisah silam seorang bomoh wanita bersiri bernama Maria Hadi. Namun pencarian itu akhirnya membuka sesuatu yang jauh lebih bahaya daripada yang dijangka.


Dan berdasarkan trailer rasmi, nampaknya filem ini memang bermain dengan elemen psikologi, gangguan mistik dan visual gore yang agak berat. Sebab itu ramai peminat genre horror dah mula letakkan Polong dalam radar wajib tonton mereka.


Menariknya, trend filem seram tempatan sekarang semakin berubah. Penonton bukan lagi sekadar cari hantu muncul tiba-tiba, tapi lebih tertarik dengan atmosfera, visual sinematik dan storyline yang buat kepala fikir lama selepas keluar pawagam. Dari reaksi awal netizen, Polong nampaknya cuba bawa formula itu.


Kalau trailer pun dah cukup buat ramai rasa tak senang duduk… bayangkan pula pengalaman tengok versi penuh nanti.


Polong bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 28 Mei 2026.

Comments


bottom of page