top of page

Piala Malaysia 2025 Lebih Meriah dengan Persembahan Ella, M.Nasir dan Hael Husaini

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Apr 15
  • 1 min read


Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini bukan sekadar pertarungan sengit di padang, malah turut dimeriahkan dengan persembahan artis-artis terkenal tanah air yang dibawakan khas oleh Astro bagi menceriakan suasana dan menghangatkan lagi sorakan peminat.


Antara nama besar yang bakal menggegarkan pentas di Stadium Nasional Bukit Jalil termasuk Dato’ M. Nasir, Ella, Hael Husaini dan Nadeera Zaini dengan persembahan eksklusif sebelum sepak mula dan sewaktu rehat separuh masa. Konsert ini dijangka akan disaksikan oleh lebih 80,000 penonton di stadium dan berjuta lagi melalui siaran langsung di Astro Arena dan Arena Bola di saluran 801,802 dan 803.


Selain hiburan pentas, peminat turut berpeluang merasai kemeriahan ‘Pesta Penyokong’ yang memaparkan sorotan langsung dari stadium, serta ‘Player Cam’ di Astro Arena 2 yang membolehkan penonton mengikuti aksi pemain kegemaran mereka dengan lebih dekat.


Nicholas John, Ketua Bahagian Sukan Astro berkata, Astro bukan hanya menyiarkan aksi padang.


“ Kami mahu mencipta pengalaman menyeluruh buat peminat dengan gabungan bola sepak dan hiburan yang meriah dan penuh emosi,” katanya.


Sebelum perlawanan bermula, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di luar stadium termasuk persembahan oleh Dinda Dania dan kemunculan penyampai radio popular Sinar dan Gegar, Ray dan Shah. Mereka juga akan menghiburkan penonton bersama Dina Nadzir bermula jam 7.30 malam.


Perlawanan sengit antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT FC) dan Pahang FC akan berlangsung pada 26 April ini. 

Comments


bottom of page